Pengikut

Rabu, 26 Januari 2011

TS KHALID PATUT LETAK JAWATAN-TPM

Seseorang Menteri Besar yang gagal mendapat sokongan majoriti dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) patut meletak jawatan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
Beliau berkata kegagalan mendapatkan sokongan majoriti membuktikan kredibiliti yang lemah Menteri Besar terbabit.

“Menteri Besar meletak jawatan kerana tak dapat sokongan majoriti di DUN,” katanya.

Menjawab satu soalan bahawa terlalu banyak “politicking” di Malaysia sehingga menyebabkan kepentingan rakyat terabai, Muhyiddin berkata ia berpunca daripada tindakan pembangkang.

“Kerajaan terpaksa respons, kalau tidak nanti orang kata kita tidak buat apa-apa,” katanya.

Selangor, yang mengadakan sidang khas DUN kelmarin, gagal mendapat sokongan majoriti dua pertiga untuk meminda Perkara 52 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1959.

Usul pindaan rang undang-undang, yang dibentangkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bertujuan mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif Selangor iaitu SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan