Pengikut

Khamis, 27 Januari 2011

SAYA TAK PERNAH KUTUK PAK LAH TAPI TUN M....?

Bekas perdana menteri Lee Kuan Yew bangga kerana beliau tidak pernah memperlekehkan penggantinya sebagaimana dilakukan oleh rakan sejawatannya di Malaysia — Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil mendakwa peranan beliau hanyalah memberi nasihat kepada barisan pemimpin yang menggantikannya di republik tersebut.


“Inilah niat saya. Jika perdana menteri yang baru gagal, saya gagal,” kata pengasas Singapura ini dalam buku terbaru baru “Lee Kuan Yew: Hard Truths To Keep Singapore Going”.

Buku 458 halaman ini diterbitkan oleh Straits Times Press awal tahun dan memuatkan siri temu bual dengan menteri mentor yang diadakan di antara Disember 2008 dan Oktober 2009.

Membandingkan dengan sikap perdana menteri keempat Malaysia, Lee seterusnya menulis: “Mahathir tidak pernah fikir begitu. Beliau memperlekehkan penggantinya.”

Sejak bersara pada 2003, Dr Mahathir terus kekal dalam radar arena politik negara ini.

Dr Mahathir lantang mengkritik Tun Abdullah Ahmad Badawi yang beliau pilih sendiri kira-kira setahun selepas menyerahkan tampuk kepimpinannya pada Oktober 2003.

Kemudian Dr Mahathir mengambil langkah drastik dengan meninggalkan Umno pada awal 2008, sejurus selepas pilihan raya umum pada tahun tersebut.

Bagaimanapun berbanding Lee (kanan), Dr Mahathir menolak syor agar beliau dilantik sebagai menteri kanan dalam Kabinet Abdullah.

Beliau kembali ke Umno selepas Abdullah berhenti pada April 2009.

Dan, sejak menjadi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak juga kelihatan berhati-hati dalam membuat kenyataan agar tidak menyinggung Dr Mahathir.

Lee, yang kekal dalam Kabinet Singapura sebagai menteri kanan dan kemudian sebagai menteri mentor, bertindak sebaliknya dalam soal pengurusan dan kepimpinan pengganti beliau — Goh Chok Tong dan Lee Hsien Loong, yang merupakan anaknya.

sini 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan