Pengikut

Khamis, 27 Januari 2011

PENGANTIN BARU KATA PR MACAM KETAM

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyelar sikap pemimpin-pemimpin pembangkang yang mengamalkan ‘budaya ketam’ dalam usaha mereka untuk cuba berkuasa di negara ini.


Katanya pemimpin-pemimpin pembangkang ini sudahpun menampakkan ketaksuban mereka dengan sanggup menjatuhkan pemimpin-pemimpin baru lain yang dilihat cuba mencabar kedudukan mereka dalam parti masing-masing.

Berucap merasmikan Seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua Masyarakat di sini, beliau berkata keadaan dalam pakatan pembangkang sekarang sudah menunjukkan belang sebenar pemimpin mereka untuk kekal berkuasa sebagai agenda paling utama.

“Amalan tidak suka melihat orang lain naik sebegini tidak akan dapat membolehkan mereka menerajui kerajaan yang baik ataupun untuk membela nasib rakyat,” kata beliau.

Menurutnya amalan seperti ini juga digunakan pembangkang melalui penyebaran fitnah dan hasutan dalam percubaan mereka untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Harus diingat bahawa kita tidak mahu pemimpin yang dipilih dalam pilihan raya akan datang mempunyai sikap ketam ini dan jika ada, pemimpin seperti ini kita harus buang,” kata Taib yang juga pengerusi BN Sarawak.

Sebagai presiden PBB yang merupakan tulang belakang BN di negeri ini, Taib berkata beliau tidak mahu budaya sedemikian wujud di kalangan anggota parti berkenaan.

Katanya perjuangan parti itu dalam BN selama ini adalah semata-mata untuk membela rakyat dan bukannya untuk memperjuangkan kepentingan diri sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan