Pengikut

Selasa, 25 Januari 2011

DANA RM 1 BILIION-PR BOHONG! BN DAH BUAT KE BELUM NI..?

Janji parti pembangkang untuk menubuhkan dana kurnia RM1 bilion jika menang pada pilihan raya negeri Sarawak, semata-mata untuk mengumpan penduduk negeri ini, kata Presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan.

Beliau berkata, janji itu mencerminkan kuranganya persefahaman pembangkang mengenai keperluan sebenar masyarakat pelbagai bangsa di Sarawak. 


"Di Sarawak, kita bantu rakyat bukan berdasarkan bangsa tetapi keperluan," katanya selepas menyerahkan sumbangan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) "Gempur" dan bantuan Tahun Baru Cina Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada 182 penerima hari ini. 

Dr Chan, yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata kerajaan BN negeri telah lama menubuhkan Yayasan Sarawak dengan objektif untuk membantu meningkatkan mutu ekonomi dan pendidikan rakyat di negeri ini.

"Yayasan Sarawak adalah untuk semua. Siapa yang memerlukan lebih bantuan, kita akan berikan tanpa mengira latar belakang bangsa mereka," tambah beliau.

Dr Chan bimbang dengan pembangkang yang terdesak untuk mendapatkan undi dalam pilihan raya akan datang dengan janji-janji tanpa mengira keharmonian kehidupan yang dinikmati rakyat Sarawak daripada pelbagai latar belakang.

Beliau berkata, pembangkang pada jangka panjang, akan hanya menyebabkan pembahagian di kalangan rakyat negeri ini.
Selepas Konvensyen Agung Tahunan DAP Sarawak ke-15 semalam, Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng memberitahu pemberita bahawa pakatan pembangkang merancang untuk menubuhkan dana itu.

Beliau berkata, dana itu untuk menangani "masalah rakyat yang dipinggirkan" dalam memperbaiki kebajikan ekonomi dan menaik taraf mutu pendidikan komuniti Dayak.

"Orang yang akan menguruskan dana itu tidak akan dilantik oleh kita. Biarlah komuniti Dayak memilih antara sesama mereka siapa yang sepatutnya mengendali dan menguruskan dana tersebut," tambahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan