Pengikut

Rabu, 5 Januari 2011

TAN SRI NI DAH KENA DAULAT KE..???

Tan Sri Khalid Ibrahim menamatkan kontroversi berhubung penggunaan logo 1 Malaysia pada papan-papan iklan sambil berkata, larangan itu hanya satu “kekeliruan”.

MB Selangor itu berkata, hanya syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri dilarang menggunakan logo 1 Malaysia.

Tegas beliau, pentadbirannya tidak pernah melarang restoran atau premis bisnes daripada berbuat demikian.

“Ada kekeliruan di sini. Kami hanya melarang syarikat berkaitan dengan kerajaan daripada menggunakan wang kerajaan negeri untuk mempromosikan 1 Malaysia. 

Tidak ada larangan guna logo 1 Malaysia pada papan iklan,” kata Khalid pada sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri. 

mi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan