Pengikut

Rabu, 12 Januari 2011

YB SHUHAIMI MOHON MENGHADAP SULTAN SELANGOR

Adun Sri Muda Shuhaimi Shafiei sedang merangka surat untuk memohon menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menjelaskan secara terperinci mengenai tulisan dalam blognya yang didakwa menghina baginda.

Shuhaimi berkata surat tersebut akan diserahkan dalam tempoh terdekat bagi mendapat perkenan Sultan Selangor bagi menjelaskan tulisannya.

“Berikutan kenyataan itu, saya sedang buat draf surat untuk diserahkan kepada Sultan Selangor bagi menjelaskan maksud sebenar tulisan saya.

“Saya masih lagi membuat draf ... nak tulis surat kepada Sultan kena tulis elok-elok. Nanti salah pula,” katanya selepas memberikan keterangan di Ibu pejabat polis daerah Shah Alam di sini berhubung tulisan dalam blognya yang didakwa menghina Sultan Selangor Sultan menyentuh isu pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

Sebanyak 25 laporan polis telah dibuat terhadap Shuhaimi berhubung isu itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan