Pengikut

Jumaat, 7 Januari 2011

YB SATIM DIMAN BAKAL MB SELANGOR..TAHNIAH!!

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang, Datuk Satim Diman dinamakan sebagai ketua pembangkang baru bagi menggantikan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang kini berhadapan dengan kes mahkamah. 

Pemilihan Satim itu, yang dibuat ketika negeri itu berhadapan dengan kemelut pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang didakwa dengan pengaruh Umno-BN dan disusuli krisis perlembagaan.

Ini dilihat membuka laluan untuk menjadi menteri besar jika Barisan Nasional merampas balik negeri itu.

Umno Selangor memilih Satim, yang sebelum ini merupakan setiausaha badan perhubungan negeri, pada mesyuaratnya malam tadi.

Tempat Satim digantikan oleh bekas Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Zin Mohamed.

Rombakan kecil ini dibuat ekoran keputusan Khir melepaskan jawatan tersebut awal bulan lalu.

1 ulasan:

  1. Adakah Satim ni clean ??? Satim poie Indon buek apo ?? !! hahahaha kisah Satim di Indon org kampong gua dah tahu beb !!!!!!!1

    BalasPadam