Pengikut

Rabu, 12 Januari 2011

PERAK NEWS: DATUK HASIM NAFI KENYATAAN MP SG SIPUT

Pegawai Kemajuan Negeri, Datuk Hasim Hasan menyifatkan isu berhubung salah guna wang rakyat berjumlah RM1.72 juta yang ditimbulkan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar baru-baru ini, tidak berasas.

Menurutnya, dakwaan ada penyelewengan daripada pihak Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (ICU) di kawasan Sungai Siput, tidak pernah timbul malahan peruntukan itu sudah diserahkan kepada Parlimen berkenaan untuk tujuan pembangunan.


Antara pembangunan yang menggunakan wang itu termasuklah pembinaan Masjid Ghufraniah bernilai RM1.1 juta dan sumbangan kepada golongan miskin sebanyak RM300,000 sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Hasim berkata, isu yang dibangkitkan Jeyakumar bahawa wang peruntukan tidak sampai kepada ketiga-tiga penerima iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Sing Chung, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist dan Asrama Anak-Anak Ayatim Nurul Ihsan adalah tidak benar.

“SMJK Sing Chung sudah menerima peruntukan sebanyak RM1,500 pada 4 November 2010 manakala SMK Methodist pula sudah mengambil cek peruntukan dengan nilai yang sama pada 16 Disember lalu.

“Bagi Asrama Anak-Anak Yatim Nurul Ihsan, mereka sudah menerima cek berjumlah RM500 pada 17 Ogos 2010,” katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, semalam.

Hasim menegaskan wang untuk menjalankan pembangunan di Parlimen Sungai Siput tidak disalurkan kepada Ahli Parlimennya.

“Kami mempunyai bukti serta dokumen yang cukup untuk menafikan dakwaan Ahli Parlimen Sungai Siput itu,” katanya.

Kelmarin, Jeyakumar berkata demikian ketika membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh terhadap bekas Pegawai Kemajuan Negeri, Datuk Zainal Abidin Omar selain mendakwa wujud penyelewengan dalam mengendalikan wang rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan