Pengikut

Khamis, 6 Januari 2011

KASI LA ZAMBRY WALAUPUN LAHIR DI LUMUT-DEMI SEMANGAT KESUKANAN

Kejayaan pasukan negara dikejohanan Piala Suzuki AFF baru-baru ini mendapat perhatian kerajaan negeri yang terpanggil untuk memberi penghargaan kepada pemain Malaysia yang berasal daripada Perak.
 
Perkara itu disahkan oleh Menteri Besar, Zambry Abdul Kadir kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri  pertama tahun ini, di Ipoh, hari ini.

“Kita berasa amat gembira dengan kejayaan pasukan negara yang telah menunjukkan kesungguhan dan semangat patriotik yang tinggi semasa bertemu Indonesia dikedua-dua perlawanan akhir Piala Suzuki AFF tempoh hari.

“Kerajaan negeri merasakan kita harus memberi penghargaan yang sepatutnya kepada para pemain yang berasal dari negeri Perak yang berada di dalam pasukan negara itu. Mereka telah memberikan sumbangan yang sungguh berharga kepada negara dan mereka seharusnyalah diberikan penghargaan yang sewajarnya,” kata Dr. Zambry.

Mengikut rekod Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Amatur Perak (PAFA), ada tiga orang pemain negara yang sama ada memang keluarganya berasal dari atau dilahirkan negeri ini.

Pemain-pemain yang dimaksudkan ialah; Mohammad Safee Mohammad Sali, 27, Mohd Sabre Mat Abu, 24,  dan Mohamad Fadhli Mohd Shas, 20.

Kerajaan negeri telah meluluskan sebanyak RM5,000 setiap seorang sebagai penghargaan sumbangan mereka yang membawa negara menjulang Piala Suzuki AFF itu.

Mohammad Safee yang bermain dengan Selangor ketika ini, adalah kelahiran Behrang dan keluarganya sekrang menetap di Tapah. Pernah bersekolah di SM Gunung Rapat sebelum berpindah ke Sekolah Sukan Bukit Jalil. Beliau dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol, akan mendapat tambahan RM5,000 lagi untuk kejayaannya itu.

Mohd Sabre, yang berada di posisi pertahanan pula, adalah kelahiran Parit Buntar, dan sekarang ini bermain untuk Kedah.

Mana kala Mohamad Fadhli pula sungguhpun keluarga beliau sekarang menetap di Johor, dia dilahirkan di Pengakalan TLDM, Lumut, dan ketika ini bermain untuk pasukan Harimau.
Mohamad Fadhli juga adalah pemain pertahanan untuk negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan