Pengikut

Selasa, 11 Januari 2011

ORANG PALING KAYA DI MALAYSIA SANDING SABTU NI

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan mengadakan satu majlis jamuan Sabtu ini sempena perkahwinan beliau baru-baru ini.

Walaupun beliau tidak menyatakan venuenya tetapi ramai percaya majlis untuk memperkenalkan isterinya, Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi, 28, itu akan diadakan di Dewan Santapan kompleks lama Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya di sini.

Taib, 74, yang kelihatan ceria ketika wakil-wakil media mengucapkan "selamat pengantin baru" kepada beliau selepas merasmikan satu seminar di sini, bagaimanapun agak keberatan untuk menceritakan tentang isteri beliau yang berasal dari Lubnan itu.

"Jangan ganggu beliau untuk sementara waktu ini kerana beliau sedang cuba menyesuaikan diri dengan keadaan. Beliau belum faham tentang negara ini...mungkin, setelah melawat seluruh negara, beliau akan bercakap," kata Taib.

Beliau dan Ragad dinikahkan pada 18 Dis tahun lepas di kediaman Taib di Demak Jaya di Petra Jaya.

Ditanya sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dijadual melakukan lawatan kerja ke Sarawak hujung minggu ini akan menghadiri majlis itu, beliau berkata: "Saya tak pasti. Saya kena tanya dulu kerana saya baru saja pulang."

Ini adalah perkahwinan kedua Talib. Isteri beliau sebelum ini Puan Sri Laila Taib, yang berasal dari Poland, meninggal dunia akibat kanser pada April tahun lepas.

Sepanjang hidup bersama selama 50 tahun, mereka dikurniakan empat anak dan 15 cucu.

1 ulasan:

  1. kawin baru ni dapat berapa anak pulak ?????

    BalasPadam