Pengikut

Jumaat, 7 Januari 2011

CERITA PAGI JUMAAT: 100 RIBU AHLI PAS KEDAH SERTAI UMNO-KAH!KAH!

Lebih 100 anggota Pas di sini bertindak keluar parti dan menyertai Umno akibat kecewa dan hilang kepercayaan dengan kepimpinan parti berkenaan.

Bekas Ketua Pemuda Pas Kampung Bandar Hilir Rashidi Sulaiman, 42, berkata lebih ramai penyokong Pas di daerah ini bakal menyertai Umno.

"Pemimpin Pas hanya tahu berjanji, tapi tidak tahu menunaikan janji. Kami melihat Umno dan Barisan Nasional sahaja yang mampu membela nasib rakyat," katanya selepas menyerahkan borang menyertai Umno kepada Pengerusi Badan Perhubungan Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Upacara penyerahan borang itu diadakan sempena majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Bandar Hilir, yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Sik Mohd Tajuddin Abdullah.

Sementara itu, Ahmad Bashah ketika berucap pada majlis tersebut berkata, semangat gelombang merah yang diperkenalkan Umno Kedah kini mula menampakkan kejayaan apabila ramai anggota dan penyokong Pas menyertai parti berkenaan.

"Umno dan BN Kedah yakin dapat merampas kembali Kedah dalam PRU ke-13 nanti jika keadaan ini berterusan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan