Pengikut

Isnin, 10 Januari 2011

PUTERA FAISAL BUAT KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS ROSMAH..HEBAT!!

Menteri Pelajaran Arab Saudi, Putera Faisal Bin Abdullah Bin Mohamad Al-Saud, hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas Rosmah Mansor di Royal Suite, Intercontinental Hotel. 

Putera Faisal dan Rosmah yang mempengerusikan jawatankuasa kerja dasar Permata Negara, berbincang kira-kira 30 minit mengenai kepentingan pendidikan awal dan pembangunan modal insan bagi kedua-dua negara. 

Putera Faisal diiringi oleh timbalannya, Nora Bint Abdullah Al-Fayez.

Nora adalah menteri wanita pertama Arab Saudi dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dengan tugas-tugas khas bagi pendidikan wanita.


Rosmah kini melakukan lawatan tiga hari ke Arab Saudi yang bermula 8 Januari.


Delegasi beliau termasuk dua Naib Canselor wanita, iaitu Professor Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Professor Datuk Dr Aminah Ayob dari Universiti Pendidikan Sultan Idris selain 10 anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI).


Semalam, Rosmah melawat Princess Noura Bint Abdul Rahman University (PNU), sebuah daripada enam universiti untuk wanita di Riyadh.

Ketibaan beliau disambut oleh Rektor PNU, Puteri Dr Aljohara Bint Fahad Al-Saud.


Universiti berkenaan, yang pada masa ini beroperasi di sebuah bangunan sementara, akan menjadi universiti bagi wanita yang terbesar di dunia apabila pembinaannya siap pada suku pertama tahun depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan