Pengikut

Khamis, 27 Januari 2011

TENANG: JANGAN CABAR POLIS-PERINGATAN KEPADA PR

Ramai penyokong parti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil DUN Tenang mengibarkan bendera parti pada kenderaan mereka adalah menyalahi undang-undang kerana menyamai aktiviti berkempen.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan, Abdul Majid Mohd Ali, berkata parti-parti politik perlu mendapatkan permit terlebih dahulu untuk berkempen, justeru tindakan pengguna kenderaan mengibarkan bendera parti pada kenderaan 

masing-masing adalah salah kerana tidak mempunyai permit untuk berbuat demikian. Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau mengingatkan pengguna
kenderaan supaya berhenti daripada melakukan perbuatan itu sebelum tindakan diambil ke atas mereka.

Sebelum ini, katanya, polis mengambil tindakan secara berhemah dengan hanya
merampas kayu yang digunakan pengguna

kenderaan untuk mengibarkan bendera dan
mengembalikan bendera kepada mereka.


Beliau berkata, selepas peringatan ini diberi, polis akan bertindak lebih tegas kepada sesiapa sahaja yang engkar.

Abdul Majid berkata, polis turut mempunyai senarai nama individu yang dijangka melakukan kekacauan menjelang hari mengundi pada Ahad ini.


Individu-individu tersebut, menurut beliau, akan diperhatikan setiap masa
dan akan ditahan sekiranya didapati menggugat ketenteraman awam.

Tanpa mengulas secara terperinci, beliau berkata, individu-individu terbabit
terdiri daripada penduduk tempatan dan dari luar daerah.

"Jangan cabar polis kerana kita sudah bersedia 100 peratus untuk PRK
ini daripada segi logistik dan kekuatan anggota," katanya.

Abdul Majid berkata, sehingga kini, perjalanan kempen pilihan raya kecil ini sangat tenang jika dibandingkan dengan tempat lain memandangkan tiada kekacauan atau ketegangan yang serius berlaku.


Jentera BN dan PAS mematuhi peraturan kempen termasuk

menamatkan ceramah pada jam 12 tengah malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan