Pengikut

Khamis, 13 Januari 2011

PERAK NEWS: BERANI KE ZAMBRY PECAT KETUA KG UMNO..? LAWAKKKK

Ketua kampung yang gagal menjalankan amanah tanggungjawab diberikan sehingga mereka tidak disenangi penduduk, disarankan supaya berhenti secara sukarela.

:Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, adalah tidak wajar ketua kampung berkenaan meneruskan tugas itu kalau menjadi beban kepada kerajaan negeri.


Katanya, sebagai pemimpin akar umbi yang dipilih dan dilantik kerajaan, mereka seharusnya menjalankan tugas dengan baik serta berkesan bagi menyelesaikan masalah rakyat.

“Jika ada ketua kampung yang tidak disukai oleh sebahagian kecil penduduk disebabkan masalah politik dan dalaman itu perkara biasa, tetapi kalau dibenci oleh satu kampung, itu suatu yang tidak boleh diterima.

“Kalau berlaku, tidak wajar bagi ketua kampung itu meneruskan tugasnya lagi dan mereka perlu berhenti secara sukarela,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan kepada 818 ketua kampung dari 11 daerah bagi penggal 2011/2012 di Bangunan Darul Ridzuan di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Perladangan negeri, Datuk Saarani Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim.

Ketua kampung di negeri ini menerima elaun RM750 daripada Kerajaan Persekutuan, manakala tambahan RM200 dari kerajaan negeri.


Menurut Dr Zambry, ketua kampung perlu mempunyai sentuhan rakyat dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin setempat.


“Mereka perlu mempunyai sifat rajin dan mesra dalam menilai kasihan kepada rakyat. Ini semua berlatarbelakangkan pendekatan 3P yang dilaksanakan Kerajaan Negeri iaitu turun padang, perasaan (memahami permasalahan) dan penyelesaian.

“Kita telah beri Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada mereka. Jika gagal atau tidak mampu memenuhi kriteria itu, saya mengesyorkan mereka tidak meneruskan tugas ini,” katanya.

Dr Zambry berkata, ketua kampung perlu proaktif dalam menyelesaikan masalah rakyat secara berhemah dan secepat mungkin.

“Saya minta semua ketua kampung membawa cop rasmi bersama mereka setiap masa kerana mungkin rakyat memerlukannya ketika bertemu di kedai kopi, pasar malam, masjid atau surau,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan