Pengikut

Rabu, 26 Januari 2011

KJ UNDUR, ZAMBRY KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA

Zambry Kader disaran supaya memberi pertimbangan serius untuk dicalonkan bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti akan datang bagi memantapkan semula sayap parti itu.

Ketua Umno Bahagian Larut Raja Ahmad Zainuddin berkata  Zambry yang juga bekas Ketua Pemuda Umno Perak dan juga bekas anggota Exco Pergerakan Pemuda kebangsaan, telah muncul sebagai seorang pemimpin muda yang mempunyai ketokohan dan juga berpengalaman untuk menerajui sayap parti di peringkat nasional.

“Berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki Zambry, beliau mampu mempengaruhi dan menentukan hala tuju pergerakan pemuda di masa depan . . . Pemuda Umno memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai kriteria, kredibiliti dan bersuara lantang,” katanya.

Beliau berkata Zambry boleh menjadi ikon pemuda dengan jawatan dan pengalaman yang dimilikinya.

“Saya tidak mengatakan kita ketandusan pemimpin muda tetapi Dr Zambry mempunyai ketokohan tersendiri dan mampu meraih lebih ramai sokongan daripada generasi muda,” katanya.

Katanya M Perak juga dilihat mampu bersuara lantang untuk kepentingan pergerakan itu.

Raja Ahmad Zainuddin berkata saranan yang beliau buat itu mempunyai pelbagai asas yang kukuh termasuk berdasarkan pengalaman Zambry sendiri yang berpengalaman dalam pergerakan berkenaan.

sumber

1 ulasan: