Pengikut

Ahad, 30 Januari 2011

LEE HSIEN PERTAHAN UMAT ISLAM SINGAPURA

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mempertahankan komuniti Islam republik itu sambil menegaskan, pandangan kerajaan pimpinannya berbeza daripada apa yang dikeluarkan oleh bapa beliau, Lee Kuan Yew dalam buku terbarunya. 

Akhbar Singapura The Straits Times melaporkan bahawa Lee Hsien memuji umat Islam atas sumbangan mereka ke arah usaha memantapkan keharmonian pelbagai agama republik itu.

Malah beliau juga menekankan, pandangannya “tidak sama” dengan apa yang dilontarkan oleh bapanya yang juga bekas perdana menteri Singapura.

“Umat Islam adalah komuniti yang dihargai dan dihormati, yang telah memainkan peranan dalam memperkukuhkan keharmonian kita dan kepaduan sosial,” kata Hsien Loong kepada pemberita negara itu.

Dalam buku terbarunya Kuan Yew antara lain meminta umat Islam Singapura agar tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam bagi membantu proses integrasi dan pembangunan negara.

Aspek itu mencetuskan rasa tidak senang di kalangan pemimpin Islam dan NGO Melayu di Malaysia sejak awal minggu lalu.

Dalam tulisan terbaru buku berjudul “Lee Kuan Yew: Hard Truths To Keep Singapore Going”, Kuan Yew juga berkata, beliau tidak pernah memperlekehkan penggantinya sebagaimana dilakukan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi mendakwa peranan beliau hanyalah memberi nasihat kepada barisan pemimpin yang menggantikannya di republik tersebut.

“Inilah niat saya. Jika perdana menteri yang baru gagal, saya gagal,” kata pengasas Singapura ini.

1 ulasan:

  1. Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
    Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
    Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

    BalasPadam