Pengikut

Rabu, 5 Januari 2011

ADUN SRI MUDA SEDIA MOHON MAAF

Adun Sri Muda Shuhaimi Shafiei bersedia memohon maaf kepada Sultan Selangor  sekiranya baginda tersinggung dengan kenyataan dikeluarkan wakil rakyat PKR itu dalam  blognya minggu lalu.


Pendirian itu dilahirkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Kota Raja Azmizam Zaman Huri tengah hari ini.

Namun Azmizam berkata, pihaknya tetap mempertahankan kenyataan Shuhaimi kerana beliau tidak pernah mengugut Sultan Selangor dalam laman blog yang dikeluarkan pada 30 Disember lalu seperti mana yang didakwa sesetengah pihak.

“YB Shuhaimi bersedia minta maaf kepada Sultan Selangor sekiranya baginda tersinggung, kalau baginda panggil menghadap beliau (Shuhaimi) akan pergi.

“Kita menghormati pihak Istana, sebenarnya YB Shuhaimi tiada niat mengugut... beliau cuma menasihat.

“Cuma penasihat Sultan Selangor yang salah tafsir kenyataan dan beri nasihat kepada Sultan Selangor. 

Saya percaya Sultan Selangor adil cuma penasihat Baginda sahaja,” katanya pada sidang media di pejabat khidmat masyarakat Adun Sri Muda di Kota Kemuning di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan