Pengikut

Khamis, 6 Januari 2011

PERAK NEWS: PAS TERDESAK TERPAKSA PELAWA KJ

Sesuatu mustahil untuk Khairy Jamaluddin bertindak menyertai Pas kerana beliau merupakan pemimpin cukup kental dan tidak pernah berputus asa dalam UMNO, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri, Maslin Sham Razman.

Katanya, beliau cukup kenal dengan Khairy Jamaluddin yang mempunyai semangat bekerja untuk rakyat serta memimpin pemuda.


“Malah Khairy telah tetapkan usaha serta misi utama Pemuda hari ini untuk memastikan Pemuda BN menjadi penyumbang utama kemenangan BN dalam PRU ke-13 nanti.


“Pemuda diberi tugas berat untuk pastikan generasi muda mewakili lebih 40 peratus daripada jumlah pengundi sebenar dapat kita dekati dan raih sokongan mereka,” katanya.


Beliau berkata demikian mengulas ajakan Pas supaya Khairy Jamaluddin menyertai parti itu yang dilontarkan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan.


Maslin berkata, Pas cuma berangan mahu ajak Khairy masuk Pas kerana KJ tidak akan buat begitu.


“Kita anggap mereka terdesak untuk pancing pemimpin UMNO kerana mereka sedar generasi muda sudah tolak agenda Pas yang hidup penuh retorik ala sembang kedai kopi.


“Justeru, saya mempelawa mereka menyertai UMNO daripada mereka menyibuk dari luar, mahu mengambil tahu pasal rumah tangga orang lain sedangkan rumah tangga sendiri menuju kehancuran,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan