Pengikut

Khamis, 27 Januari 2011

PEMIMPIN PUSAT MENJADI DALANG JATUHKAN HJ MUS..? PELIK B AJAIB

Pimpinan PKR Pusat diminta supaya menyiasat dalang sebenar di sebalik isu pemimpin Cabang Pasir Salak yang memburukkan parti itu. 


Naib Ketua PKR Cabang Pasir Salak, Abdul Razak Isa berkata, tindakan memburukkan parti memang wujud dan dilakukan kumpulan yang mahu menjatuhkan Mustaffa Kamil Ayub.


Beliau berkata, pihaknya sedia mendedahkan kumpulan itu jika diminta berbuat demikian bagi membantu siasatan.


“Saya menyokong penuh tindakan pimpinan pusat menangguhkan hukuman itu kerana siasatan perlu dilakukan.

“Kita tidak mahu berlaku sebarang ketidakadilan dalam keputusan yang akan dibuat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Abdul Razak berkata, semua ahli PKR di Pasir Salak terkejut dengan berita yang disiarkan Sinar Harian semalam.

Menurut beliau, rata-rata ahli mengetahui dan mengenali Mustaffa Kamil Ayub lebih dekat malah tidak percaya pemimpin itu akan membuat kenyataan itu.

Sementara itu, salah seorang ahli cabang itu, Mahmood Yahya berkata, sejak dari peringkat pemilihan lagi cubaan untuk menjatuhkan Mustaffa Kamil sudahpun berlaku.

Beliau berkata, semua pimpinan cabang ketika itu kurang senang dengan perjalanan pemilihan yang dianggap sebagai pemilihan secara paksa.

“Ada dalang tertentu yang cuba menghalang Mustaffa Kamil menerajui Pasir Salak seterusnya bertanding jawatan Timbalan Presiden.

“Kita ada maklumat dan pendedahan akan dibuat selepas ini supaya semua pihak sedar siapa sebenarnya orang kuat di sebalik semua ini,” katanya.





Beliau berkata, terdapat tangan ghaib dalam kalangan pimpinan PKR pusat di sebalik semua masalah itu.

Menurutnya, penduduk Pasir Salak begitu simpati terhadap nasib Mustaffa Kamil yang bakal berhadapan hukuman yang bukan berpunca darinya. 


ulasan: en razak..dedah je nak tunggu apa lagi..hahaha!

1 ulasan:

  1. Lawak le gambor2 dalam N3 blog ni. Orang yang nampak mesra sangat dengan Zaid tu mukanya sebijik macam Mustafa Kamil Ayub. Ape dia buat dengan Zaid?

    BalasPadam