Pengikut

Isnin, 30 November 2009

TGNA "KOPERAL MAT" SEBAR SMS.






Betoi ke cerita semua ni , berani korang buat TGNA macam tu!!! Dulu korang kaitkan Husam disebalik semua yang berlaku, sekarang ni timbul pasal "Kolonel MAT".

Berapa agaknya korang semua dibayar BN, 500 juta ke..? atau dapat "round" dalam laut dengan kapal selam...!!!!

Bernafsu kalau tak jahat boleh tahan lagi, ni bernafsu mengalahkan binatang!!!!!


Sebaran SMS yang mengajak orang ramai supaya berhimpun di pintu masuk pejabat MB pagi esok kini sedang berleluasa disebar.

Dipercayai SMS ini adalah jemputan khas yang digunakan untuk menyeru orang ramai berarak dan berhimpun bagi mendesak Nik Aziz letak jawatan.

Berikut adalah SMS yang dikatakan disebar:

"Salam Perjuangan Membela Kessucian Islam - Jemaah Rakyat Prihatin (Kel) JRPK, dengan setulus ikhlas mengajak tuan/puan sdr/sdri ke perhimpunan membantah dan mendesak MB Kel Datuk Nik Aziz minta maaf dan tarik balik doa jahanam TDP PM dan konco-konconya yang jelas bukan ajaran Islam dan mendesak supaya menantunya (Ariffahmi) segera meletak jawatan di PMBK. Pada 1hb Disember Selasa jam 10:00 pagi di depan pintu masuk Kota Darul Naim (Pjbt MB). Sama-sama menjaga kesucian Islam."




Awas!
"Kolonel Mat" Taja Perarakan Desak Nik Aziz Letak Jawatan Esok
MSO

KOPERAL MAT BUAT DEMO ESOK!!!!!!!!






SAYA baru menerima panggilan telefon dari Kelantan yang memberi tahu satu rancangan sedang di atur oleh golongan tertentu untuk mengadakan perarakan dan himpunan secara besar-besar di hadapan Pejabat Menteri Besar di Kota Darul Naim, Kota Bharu esok bagi mendesak Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakan jawatan sebagai MB Kelantan. mso

"USTAZ DENGKI"









Pengarah Jais Datuk Mohamed Khusrin awal bulan ini dilaporkan berkata tauliah Khalid ditarik dengan alasan pemimpin PAS Shah Alam itu "tidak sesuai membaca khutbah."

Tak sesuai baca Khutbah..?


Habis sapa yang sesuai baca Khutbah..? Hasan Ali, Najib,Mahyuddin, Sharizat Jalil?

Bab ni teman rasa eloklah tanya pada Ust Hassan , kalau teman bagitau mungkin korang tak percaya, tapi lebih elok jangan percaya.
Ni semua keje Ust Hassan....!!!!! Ust Hassan seteru dengan Ust Khalid, jadi senang cite, memang keje Ust Hassan.....

GILA KE SAYA MAU LETAK JAWATAN




Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah bertegas tidak akan tunduk kepada desakan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas supaya beliau meletakkan jawatan Kabinetnya itu.

Murugiah berkata, Kayveas tidak ada kuasa mengarahkannya berbuat demikian kerana jawatannya itu atas lantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Dia ini siapa mahu saya letak jawatan. Dia bukan Peguam Negara untuk hantar notis kepada saya.

TG MALIM BERGEGAR LAGI!!!!






( Pemangku Ketua Cabang Tg Malim Sdr Azman Marjohan)

Dengor ceritanya malam ni akan berlaku satu pemilihan siapa Pemangku Ketua Cabang
Tg Malim. Ketua Cabang yang lama dah melompat, jadi bebas.

Masalah Tg Malim agak berat sikit, mesyuarat yang dulu tak diiktiraf oleh PKR Negeri katanya.
Sdr Azman berkata, beliau akan mempertahanan jawatan tersebut malam ini.

Buatlah yang mana baik, yang keruh tu, jernih-jernihkanlah!!!

PERLU KE TG MINTA MAAF!!!

Perdana menteri berkata Nik Abdul Aziz perlu sedar ramai umat Islam melihat kenyataannya (Nik Abdul Aziz) itu sebagai keterlaluan dan tidak melambangkan semangat keislaman.

"Saya tidak faham mengapa perlu berdoa sedemikian sebab memang kita bagi wang ihsan kepada rakyat Kelantan.

"Apa juga nama yang diberi, royalti atau wang ihsan, jumlahnya tetap sama. Dan rakyat Kelantan yang akan terima, bukan kita akan guna untuk tujuan lain," kata perdana menteri kepada wartawan Malaysia ketika ditanya mengenai perkara itu di Port of Spain semalam.

Najib berkata sebelum ini pun kerajaan pusat memperuntukkan lebih RM7 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan untuk rakyat Kelantan walaupun negeri itu diterajui pihak lain.

3 ADUN LOMPAT DIPIJAK







Ada sesiapa yang boleh bagi komen sikit.

Para penyokong bukan sahaja memijak gambar ketiga-tiga ADUN berkenaan iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang – PKR), Kapt (B) Osman Jailu (ADUN Changkat Jering – PKR) dan Hee Yit Foong (ADUN Jelapang – DAP) semasa memasuki dewan Konvensyen ke-15 DAP Perak di Ipoh malah ada yang seronok melompat-lompat di atas gambar ketiga-tiga ADUN tersebut khususnya gambar muka Yit Foong yang merupakan bekas ADUN DAP.

Ahad, 29 November 2009

BERAS DAN KERAS






Lebih sejuta keluarga yang dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar dijangka menerima kupon subsidi beras melalui Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur).

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memberitahu, setakat ini 248,000 keluarga yang berdaftar dengan e-Kasih layak menerima kupon itu dan bilangan itu dijangka terus meningkat.



kata teman!


Keluarga yang layak perlu mendapat pengesahan daripada Ketua-Ketua Kampung UMNO ataupun Ketua UMNO Bahagian. Kalau tak jangan harap nak dapat subsidi.



Kira masih ramai lagi le yang miskin dan fakir di Malaysia ni, dulu -dulu kalau kat perak ni katanya dah "sifar miskin"...mungkin sejuta tu tak termasuk Perak kot!



Sekarang pun memang musim orang kawen, jadi elok le bawak cerita beras...kalau tak ada beras mana datang kerasnye.......

TIDAK!





Teman minat betoi kalau ada atikel Chin Peng disiarkan.
Kebanyakan orang melayu benci-kan Chin Peng, komunis!

Komunis menyeksa orang melayu...
Lantak le apa orang nak cakap!!!!

Bagi teman, Chin Peng ni elok je isytihar masuk MCA atau Gerakan atau PPP. Cakap sokong 200% Barisan Nasional. Cakap kerajaan Najib ni bagus dan terbaik dalam dunia, cakap rosmah tu cantikkk!!!! cakap mengampu Barisan Nasional...

Setelah selesai cakap semua tu....percayalah!
Sebuah kapal terbang akan menjemput Chin Peng untuk balik ke Malaysia.

Tapi malang nye , Chin Peng bukan jenis mengampu, bukan jenis membodek, bukan jenis main telo pemimpin bn. Itu sebab dia diharamkan balik ke Malaysia


Walaupun Chin Peng begitu sekali ingin pulang ke tanah tempat tumpah darahnya, bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) yang berusia kini 85 tahun, bagaimanapun belum bersedia untuk memohon maaf di atas apa yang telah berlaku - tidak seperti yang dilaporkan media minggu lalu.

“Saya tidak ada niat lain selain daripada untuk pulang ke tanahair saya,”

Kerajaan pula berkeras tidak membenarkan Chin Peng, yang kini tinggal di Thailand, untuk memijak bumi Malaysia, atas alasan kekejaman yang telah dilakukan oleh PKM"Saya tidak ada niat lain.

Saya berharap dapat pulang untuk berdoa untuk ibubapa dan saudara saya yang sudah pergi. Itulah pengharapan saya selagi masa masih ada,” katanya.



Ditanya sekiranya beliau sedia menimbang berbuat demikian sebagai 'tiket' untuk pulang, beliau termenung sejenak dan dengan tegas berkata 'Tidak'.

"HASSAN ALI" MENYUSUP PKR





Hassan Ali tu memang dah namanya Hassan Ali, jadi wataknya memang watak Hassan Ali!
"Tukang Kacau" kata deme!

Macam mana pulak yang dikatakan "hassan ali" berwajah PAS... ada ke?
Kalau watak "hassan ali" berada di dalam PKR , macam mana pulak ceritanya ?

Muka mesti tak sama dengan Hassan Ali...
Muka " hassan ali" berbagai-bagai rupa!
Ada pakai serban, ada pakai jubah, ada pakai baju kot dan ada yang pakai t-shirt je.
Kalau yang tak pakai apa pun, yang tu bukan "hassan ali" PKR.
Smart yop!
Cakap pun tak banyak, suka mendengor daripada bercerita.
Tapi kalau sekali "buat", hara-huru !

Ada yang beruban macam Hassan Ali..
"hassan ali" ni lagi bahaya daripada Hassan Ali tu......!

Ceritanya tak berapa panjang lagi , nanti le teman sambung!!!!!

POOOORAH






Parti Progresif Penduduk (PPP) akan menyerahkan notis kepada Senator T. Murugiah esok untuk memintanya mengosongkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri dalam masa 14 hari, kata Presidennya, M. Kayveas.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis PPP di sini hari ini, Kayveas berkata, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu patut meletakkan jawatan kerana beliau memperoleh jawatan itu semasa beliau masih menjadi anggota parti itu.

Murugiah dipecat daripada parti pada 16 Mei tahun ini.

Kayveas juga berkata, parti itu akan menganjurkan pertandingan mencipta logo baru PPP yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Pemenang bagi tempat pertama, dua dan tiga, masing-masing akan menerima RM5,000, RM3,000 dan RM1,000 manakala RM500 akan diberikan kepada tiga pemenang sagu hati.

Sabtu, 28 November 2009

2ND BOSS DIMANA?




Cuti-cuti panjang ni rupanya bagi kesan jugak pada "penulis politik"( blogger). Hit tak ramai!


Ada betoi jugak kata MSK, kebanyakannya yang baca-baca kat blog adalah kakitangan kerajaan. Mudah, senang dan free.


Ini maknanya kakitangan kerajaanlah yang banyak "berpolitik". Tak kira sokong bn atau pakatan rakyat tapi niat memang nak tau apa cerita terbaru.


Blogger-blogger boleh le berehat sikit hujung-hujung minggu, tak payah nak pecah kepala cari cerita sensasi sangat. Orang tak baca..!!! bukan meluat!



Tapi kenapa bila orang meluat, ada yang buat tak faham je...?


Mungkin tak kisah kot? janji aku buat keje, sapa nak mengata, katalah.


PKR ni bukan parti sorang diri, parti untuk semua. Jadi bila buat program tu jangan le dengan "puak-kaum" sendiri je. Orang lain pun nak jugak "bersama". Pandai-pandai le menjemput orang, kalau nak "promete" diri pun jangan le lupakan 2nd boss!



2nd boss tu banyak jasanya pada PKR Perak ni. Duit tak cukup nak masuk pilihanraya pun mintak kat 2nd boss. Jaga le hati 2nd boss tu, jangan buat macama dia tak ada...!!!!



Walaupun 2nd boss ni "low profile", jangan anggap dia tak terasa hati dengan sikap ego 2-3 kerat pemimpin PKR Perak. Jangan sampai dia bercakap dan luahkan perasaan terpendam...!!



Dahlah masa "menubuhkan kerajaan" dulu, tak ada sapa nak ambik pandangan beliau, malah mesyuarat pun tak dipanggil..! kemaruk betoi le "mereka-mereka" ni.



Kita jangan hanya mengharapkan orang lain supaya berubah, tapi kita sebagai pemimpin masih berfikiran sempit dan kolot!!!! Kalau dah sampai masanya untuk berundur, elok lah berundur. Jangan nak duduk lama-lama, jadi barang buruk! bukan apa takut "dicampak" keluar.


Ingat pesan teman, 2nd boss jangan ditanggalkan!!!!!






MUSTAPA MOHAMED TUNJUK "KEGILAANNYA"





Datuk Mustapa Mohamed berkata sudah tiba masanya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur setelah hampir 20 tahun memerintah Kelantan.


Katanya ini memandangkan diri Mursyidul Am PAS itu kini diselubungi kemelut politik dan isu negatif yang melibatkan keluarganya.



Sehubungan itu, Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menyarankan Nik Abdul Aziz menjelaskan pendirian berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar berikutan kemelut politik dalaman PAS yang sedang melanda parti itu sekarang.



"Menjelang akhir tahun ini, Nik Abdul Aziz perlu perjelaskan pendiriannya, kerana rakyat Kelantan tertunggu-tunggu, memandangkan beliau selalu uzur, dan khidmatnya begitu lama hampir 20 tahun dengan kerajaan negeri.



"Saya rasa khidmatnya selama 20 tahun sebagai Menteri Besar Kelantan sudah cukup sumbangannya kepada rakyat negeri ini," kata Mustapa kepada pemberita pada majlis rumah terbuka sempena Aidiladha di Darulfalah, dekat sini hari ini.



KAMI SEDIA LETAK JAWATAN





Anggota jawatankuasa pusat (CC) MCA yang menyokong naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai berikrar untuk meletak jawatan bagi mendesak supaya pemilihan baru pucuk pimpinan parti itu diadakan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, Liow berkata, 13 daripada anggota CC yang dipilih, telah menandatangani surat peletakan jawatan tidak bertarikh dan sedang menunggu masa yang sesuai untuk menyerahkannya kepada parti.

Tiga belas anggota CC yang menyokong naib presiden MCA itu, turut menghadiri sidang akhbar tersebut seleps sesi taklimat kepada perwakilan parti itu di ibupejabat MCA hari ini.

Tetapi mereka perlu meyakinkan tujuh lagi daripada 30 anggota CC - bagi mendapatkan jumlah satu pertiga - bagi memaksa pemilihan baru dapat diadakan.

Awal pagi ini, lebih 1,600 penyokong Liow meluluskan satu deklarasi di sesi taklimat khas hari ini, menggesa pucuk pimpinan parti itu membenarkan pemilihan baru diadakan bagi menyelesaikan krisis parti.

Menurut mereka, krisis itu dianggap berpunca daripada kegagalan pucuk pimpinan parti untuk menerima dan melaksanakan resolusi mesyuarat agung tergempar (EGM) pada 10 Oktober lalu.

Liow berkata beliau dan penyokongnya berharap pemilihan baru dapat diadakan dalam tempoh 60 hari.

Katanya, apabila peletakan jawatan dibuat, pihak parti mesti mengadakan pemilihan baru bagi jawatankuasa pusat dalam tempoh 30 hari seperti yang ditetapkan oleh perlembagaan parti.

Menurut Liow, kata sepakat telah dicapai dengan puak yang menyokong presiden Datuk Seri Ong Tee Keat dan penyokong timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa pemilihan baru adalah penting.

Liow bagaimana tidak bersedia untuk menyatakan sama ada Ong dan Chua bersetuju atau tidak, atau sekurang-kurangnya telah dimaklumkan mengenai cadangan pemilihan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Liow berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin banyak terbabit dalam membantu menyelesaikan krisis MCA dan meminta pemberita merujuk kepada Muhyiddin.

Satu halangan kepada usaha puak Liow itu adalah mesyuarat agung (AGM) parti pada 5 Disember ini, yang mereka harap dapat ditangguhkan supaya pemilihan baru dapat diadakan sewaktu AGM pada tarikh kemudiannya.

Liow berkata tidak timbul soal perundangan untuk menangguhkan AGM tahun ini - dengan mengadakan dua AGM dalam satu tahun - kerana Umno telah pernah berbuat demikian dengan kebenaran Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Semalam, ketua penerangan MCA, Heng Saei Kee berkata parti itu tidak menangguhkan AGM pada 4-5 Disember dan mendakwa mereka yang mendakwa ia ditangguhkan, berniat untuk menimbulkan kekeliruan.

Para pemerhati berpendapat, puak Liow berusaha supaya pemilihan baru
parti itu diadakan segera untuk memanfaatkan gelombang tidak pua hati terhadap Ong.

Manakala Ong pula mahu pemilihan itu diadakan selepas pertengahan tahun depan untuk memberinya masa meminda sistem pemilihan parti, bagi meluaskan jumlah pemilih, yang tidak terhad kepada 2,400 perwakilan sahaja.

OH ! SITI NURHALIZA........






Tetiba je teringat kat Datuk Siti Nurhaliza, tak tau ngape...?

Majlis Korban di Lembah Keramat kecoh, lembu tak mau kena korban...?

EGM MCA , cepat sama mau jadi Presiden...?

Sapa Exco Kerajaan Haram nak dituko...?



oh! siti....

Jumaat, 27 November 2009

SISTEM DUA PARTI..REALISTIK KAH?






Pada 21 November lalu saya dijemput Institut Kajian Dasar untuk bersama-sama YB Datuk Husam Musa dan YB Teng Chang Khim di dalam forum membincangkan Sistem Dua Parti dan Hubungan Negeri-Persekutuan. Forum tersebut sebahagian daripada Simposium Kebangsaan IKD tentang Pakatan Rakyat dan Bermulanya Sistem Dua Parti di Malaysia.



Husam menyentuh tentang hipokrasi Kerajaan BN dalam hubungan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, sementara Teng pula mengusulkan agar prinsip Federalisme ditafsirkan dengan lebih luas sesuai dengan perkembangan semasa.



ikdsympo001



Dalam ucapan saya, saya bermula dengan memetik tulisan YM Tunku ‘Abidin Muhriz: “Regional autonomy was practised for centuries amongst the present constituent states of Malaysia — the only formal federation in Southeast Asia — yet the country is among the most centrally administered in the region.



Itulah ironinya, bagaimana satu-satunya Persekutuan formal di rantau ini kini semakin terjerat dengan penguasaan Kerajaan Pusat. Saya turut mengingatkan hadirin bagaimana Umno sendiri menentang konsep unitari yang diusulkan Britain menerusi Malayan Union, sebaliknya mengusulkan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1948.



Dalam sejarah negara kita, wujud beberapa episod pencabulan prinsip Federalisme, antaranya: campurtangan Kerajaan Pusat bagi menjatuhkan Ketua Menteri Sarawak Stephen Kalong Ningkan pada 1960an, Pemerintahan Darurat di Kelantan pada 1977 yang membolehkan Kerajaan Pusat menjatuhkan Kerajaan PAS, peminggiran hak Sabah di bawah PBS pada awal 1990an dan isu royalti minyak Terengganu dan Kelantan.



ikdsympo002



Sejak 8 Mac 2008, apabila buat pertama kali 5 kerajaan negeri jatuh ke tangan pihak pembangkang kita melihat bagaimana Perak dirampas, Pulau Pinang terus dipinggirkan dan terbaru isu royalti minyak Kelantan.



Sebagai sebahagian daripada Kerajaan Selangor, kami sendiri melalui beberapa pengalaman yang sama: program People-Centric anjuran bersama Jabatan Perdana Menteri, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Suruhanjaya Pilihan Raya; halangan Datuk Noh Omar selaku Menteri Pertanian kepada semua pegawai agensi Persekutuan untuk hadir dalam program Kerajaan Negeri dan usaha Kerajaan Persekutuan menggagalkan penstrukturan semula industri air Selangor.



Tema sama yang mendasari insiden-insiden ini jelas: bagaimana sebuah Kerajaan Persekutuan yang dipimpin satu parti (atau pakatan parti-parti) menolak kerjasama dengan Kerajaan Negeri yang dipimpin pihak lawan dan secara tersusun menggunakan jentera kerajaan terhadap negeri-negeri tersebut, lantas terhadap rakyat mereka sendiri!



Malah sejak 8 Mac kini melihat ketegangan antara negeri dan pusat turut menular di negeri-negeri BN seperti perlantikan Menteri Besar di Perlis dan Terengganu.



Jelas sekali, prinsip Federalisme yang mendasari pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia semakin terhakis, ditelan dek zaman, hasil pindaan Perlembagaan kesan majoriti besar BN selama ini.



Kuasa serta sumber kewangan Kerajaan Negeri teramat terhad. Kekuatan kewangan, jentera kerajaan, institusi keselamatan — semuanya di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan. Pada masa sama, saya menegaskan, Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat perlu kreatif dalam mencari jalan dan bukan hanya memberi alasan untuk mengatasi kemelut ini.



Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha mendrafkan Enakmen Kebebasan Maklumat bagi merealisasikan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban. Pun begitu, ketika mana Menteri Besar menggunakan kuasanya di bawah Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi, Kerajaan Persekutuan cuba mencari jalan menggagalkannya. Dalam insiden Bukit Antarabangsa, rakyat perlu bertanya: bagaimana laporan tanah runtuh mengancam keselamatan atau menjejaskan kepentingan strategik negara?



Pada masa sama, usaha Majlis Bandar Raya Petaling Jaya menubuhkan polis bantuan (auxiliary police) bagi membantu Polis Di Raja Malaysia menjaga keselamatan di Petaling Jaya sehingga hari ini tidak mendapat lampu hijau Kerajaan Persekutuan. Ya, keselamatan adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Tetapi sebagai langkah pro aktif sebuah PBT yang mempunyai hasil yang banyak dan dibelenggu jenayah, MBPJ mahu membantu PDRM yang kerap mengeluh kekurangan pegawai polis. Lapangan Terbang, Pelabuhan semuanya mempunyai polis bantuan. Mengapa rakyat Petaling Jaya dinafikan hak tersebut? Di banyak negara lain, polis terletak di bawah kuasa PBT!



ikdsympo003



Bagi memecah kebuntuan ini, kita perlu mencari beberapa jalan. Antaranya melahirkan semangat dwiparti (bipartisanship) antara BN dan PR, memandangkan wujud pihak-pihak di dalam BN yang juga tidak berpuas hati dengan keadaan berat sebelah hari ini (boleh kita tanya YB Datuk Seri Idris Jusoh!). Kesediaan YM Tengku Razaleigh Hamzah mengetuai kaukus menuntut royalti minyak adalah contoh yang baik, dan harus dikembangkan lagi.



Kita juga mesti memulakan anjakan paradigma daripada mentaliti winner takes all (menang atau kalah kesemuanya) kepada win-win (menang-menang). Jika kita merujuk kepada Perlembagaan kita jelas wujud imbang balik antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Cadangan YAB Tan Sri Datuk Abdul Khalid Ibrahim agar diwujudkan Independent Grants Commission bagi memastikan keadilan penyaluran dana kepada Kerajaan Negeri harus dikaji dengan teliti. Bayangkan, rakyat Selangor membayar cukai sebanyak RM16 bilion kepada Kerajaan Persekutuan. Namun bajet Kerajaan Negeri cumalah RM1.3 bilion.


Sebagai anggota Persekutuan, kami menerima perlunya dana Selangor yang kaya ini dikongsi negeri-negeri lain yang lebih memerlukan, tetapi sekiranya setiap negeri dijamin memperoleh minima 20 peratus cukai yang diperolehi daripanya, Selangor sendiri berhak mendapat peruntukan RM3.2 bilion!



Beberapa buah negara berjaya dengan model Federalisme mereka, seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Jerman. Malah negara Indonesia yang secara asasnya adalah republik unitari, semakin melonggarkan kuasa Kerajaan Pusat pasca Reformasi hingga kini gergasi tidur tersebut bangkit kembali dengan kemajuan ekonomi, politik dan sosial yang mengagumkan.



Dalam hal ini, Pakatan Rakyat perlu bersatu. Tekanan terhadap Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat hanya dapat kita hadapi jika kita bersama. Dalam hal ini Konvensyen Pakatan Rakyat dan Persidangan Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat harus digunakan sebaik-baiknya untuk melakar dasar dan kerjasama antara negeri, selain manifesto di peringkat nasional.



ikdsympo004

Menyebut tentang perkara ini saya ingin mengulas beberapa pandangan kritis tentang kewajaran sistem dua parti di Malaysia. Sahabat saya, Wan Saiful Wan Jan yang mempengerusikan salah sebuah panel dalam simposium yang sama. Dalam kolum The Malaysian Insider beliau, Wan Saiful merasakan sistem dua parti akan merugikan negara dalam jangkamasa panjang memandangkan sistem tersebut membunuh pilihan dan persaingan. Beliau bertanyakan saya perkara sama ketika forum saya berlangsung.



Haris Zalkapli di Harakah Daily pula melihat perbezaan ideologi di dalam Pakatan Rakyat sebagai penghalang sistem dua parti tersebut, memandangkan sistem dua parti memerlukan perbezaan dua ideologi yang jelas.



Sejarah negara membuktikan bagaimana dominasi Umno-BN selama 50 tahun telah menghakis muafakat Perlembagaan yang dicapai ketika Kemerdekaan dahulu. Ya, pilihan raya ada, tetapi pilihan raya tersebut tempang dan antara tempoh pilihan raya tersebut rakyat tidak merasai nikmat demokrasi: media dikongkong, garis parti/kerajaan kabur, hak-hak asasi dicabuli.



Antara faktor yang membolehkan hegemoni Umno-BN wujud ialah masyarakat kita yang majmuk. Hanya Umno-BN yang berjaya mendapat sokongan seluruh spektrum masyarakat; PAS hanya mampu meraih sokongan di kawasan majoriti besar Melayu di Utara dan Pantai Timur sementara DAP pula meraih sokongan kawasan majoriti besar kelas pekerja Cina.



Dalam hal itu PAS dan DAP boleh fokus kepada pengundi masing-masing, menjuarai isu-isu kelompok mereka namun gagal melakar agenda nasional yang mampu menarik sokongan semua. Justeru BN selesa di tampuk kekuasaan.



Lahirnya Keadilan yang bersifat pelbagai kaum mengubah senario ini. Ditambah pula rasa jelek terhadap sentimen perkauman dan penderitaan dasar ekonomi Umno-BN pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu menimbulkan situasi unik di mana rakyat pelbagai kaum buat pertama kali menolak Umno-BN bersama-sama. Sebelum ini hanya satu kaum yang menentang Umno-BN: 1986 kaum Cina dan 1999 kaum Melayu.



Femonena unik melibatkan pengundi Cina, India dan Melayu bandar pada 2008 sukar untuk diulang tanpa kesepakatan Pakatan Rakyat untuk berada di jalur tengah dan menjadi sebuah pakatan parti politik yang bersatu-padu dengan prinsip-prinsip asas dan dasar-dasar bersama yang jelas.



Justeru pendaftaran dan Konvensyen Pakatan Rakyat Disember ini teramatlah penting. Selepas serangan media dan kegagalan kita menunjukkan imej bersama yang lebih erat, kita tidak boleh melepaskan peluang ini.



Pandangan bahawa dengan membuka lebih banyak persaingan dalam arena politik akan mengangkat tahap politik kita mengandaikan semua parti politik akan bersaing atas padang yang sama rata: media yang adil, peruntukan pembangunan yang saksama dan pegawai kerajaan yang bebas dan menerima semua parti dengan terbuka.



Namun, tanpa kerjasama yang jelas, pihak lawan kepada BN akan terus rapuh dan berpecah seperti dahulu kala. Adakah situasi bagi pihak pembangkang akan bertambah baik dalam keadaan tersebut?



Ini bukannya bermakna kita mahu Pakatan Rakyat menjadi seperti Umno-BN, yang mana Umno berperanan sebagai “abang sulung” dan ruang untuk berbeza pendapat dan mengkritik pimpinan teramat sempit. Itu politik lapuk yang tidak relevan.



Hakikat bahawa tiada parti perkauman di dalam Pakatan Rakyat menghalang elemen “abang sulung”. Pimpinan Pakatan Rakyat perlu berlapang dada terhadap perbezaan pendapat dan pandangan kritis. Tetapi prinsip collective responsibility yang bukan sahaja berasaskan demokrasi Westminster Britain malah berakar umbi dalam adab berjemaah Islam daripada zaman Rasulullah s.a.w. harus dijunjung. Wujud perbezaan antara anggota kerajaan dan seorang wakil rakyat backbencher.



Sesiapa yang mengikuti perkembangan politik di Barat mengetahui bahawa walaupun setiap parti utama berasaskan prinsip-prinsip asas yang disepakati bersama wujud pelbagai perbezaan pandangan. Di Britain Tony Blair dan Gordon Brown memimpin Parti Buruh yang sederhana dan menerima realiti pasaran, namun masih ada sosialis lama yang menentang keras perubahan tersebut. Parti Demokrat sendiri ada sayap kanan dan kirinya.



Malah, setiap gerakan politik yang berjaya berasaskan gabungan luas yang melibatkan pelbagai kelompok fokus pada matlamat bersama. Ya Pakatan Rakyat ada golongan liberal, ada golongan sosialis dan ada golongan Islam. Tetapi dalam isu menjunjung Perlembagaan, pilihan raya yang bebas dan adil, ekonomi yang dinamik dan sejahtera, memartabatkan hak asasi manusia, saya tidak fikir kita banyak berbeza. Pengalaman kita menjadi mangsa pemerintahan autoritarian Umno-BN seharusnya mengajar kita tentang perubahan yang kita inginkan. Dalam hal ini setiap parti politik harus mencari titik temu yang relevan untuk kelompok besar rakyat Malaysia.



Dalam Islam sendiri, hatta sesama golongan Ahlul Sunnah Wal Jamaah kita ada perbezaan dalam perkara furuk (cabang) sedangkan asas iktikadnya sama. Namun kita juga boleh belajar dari dinamisme ini di mana kesepakatannya bukannya ‘dipaksa’ dari atas, tetapi timbul daripada masyarakat yang lahir dari ijmak ulama’.



ikdsympo005



Justeru wujud mekanisme seperti pemilihan satu ahli satu undi (sebagaimana telah dibuat Keadilan) dan pemilihan calon oleh peringkat akar umbi (sebagaimana cadangan Tengku Razaleigh untuk Umno dan diamalkan di Britain) boleh dipertimbangkan. Dengan ini sistem dua parti pun mengekalkan suatu dinamisme dengan masyarakat yang ramai dan mewakili jamak pandangan.



Pun begitu, saya tidak nafikan mungkin di masa hadapan kita perlu memikirkan situasi berbeza. Sekiranya kita mengubah sistem pilihan raya daripada first-past-the-post kepada satu bentuk proportional representation tidak mustahil kita melihat situasi lebih fleksibel seperti di Jerman dan Indonesia. Namun jika rakyat tidak bersedia, sistem ini mungkin melahirkan kelompok ekstrim dalam politik. Kita boleh memperbaiki sistem sedia ada dengan kembali kepada peruntukan asal Perlembagaan yang mana perbezaan antara kawasan Parlimen tidak boleh melebihi 15 peratus antara satu sama lain. Peruntukan ini dimansuhkan pada 1962 sehingga timbul situasi cacamerba hari ini.


Justeru, kita harus berbalik kepada perkara asas. Buat masa ini, melihat realiti masyarakat Malaysia, sistem dua parti adalah suatu kemajuan buat demokrasi kita. Sekurang-kurangnya, dua parti adalah lebih baik dari dominasi satu parti selama ini!

ybniknazmi

UMNO ITU ISA SAMAD, HINANYA UMNO




Sejak pengumuman Datuk PM , berkenaan wang ehsan untuk Kelantan, saya telah mengikuti dengan penuh minat dan sabar.

Seronok sebenarnya membaca dan mendengar berita-berita yang di dokong oleh pihak kerajaan pusat dalam televisyen mahupun suratkhabar.

Berita Tuan Guru di kaitkan dengan wang penajaan menunaikan haji di gembar gemburkan hingga Tuan Guru terpaksa membatalkan hasrat tersebut.

Maka dengan lantang Adnan Yaakob, setiausaha UMNO memberitahu kalau dia di beri wang percuma pun dia takkan ambil ?

Benarkah begitu suci hatinya seperti yang di kata ? Atau sudah terlalu kaya dengan wang sejak menjadi orang kenamaan ? Puak-puak ini, mereka bercakap macam burung tiong dan berkokok macam ayam saja.

Sebagai orang yang di pilih rakyat adalah begitu tidak matang menilai sesebuah isu. sepatutnya kaji dulu dan dengar dari sumber yang benar.

Apa yang saya nak bagi pandangan adalah berkenaan wang ehsan yang akan di berikan oleh kerajaan pusat.

Banyak sangat dolak dalih,menafikan hak rakyat kelantan hinggakan Mustapha Mohammad yang saya kagumi pun menjadi pengecut berkenaan isu ini.Awang Adek ? lagilah pengecut.

Sepatutnya sebagai pemimpin yang di pilih rakyat, mendahului kepentingan rakyat walaupun mereka dalam UMNO atau dalam PAS .

Saya percaya jika ada pilihanraya kecil di kelantan nanti, isu royalti minyak akan di canang pada penduduk kampung.

Dan percayalah, penduduk kampung sekarang jauh melangkaui kebijaksaan pemimpin UMNO itu sendiri. cuma mereka tidak berpelajaran tinggi sahaja.

Sekarang isu Kaukus, bila Kuli di pilih mengetuai angkatan ini, dengan pantas Muhyiddin menyindir Kuli untuk memikirkan dengan teliti langkah tersebut.

Mereka lupa, pembabitan isu ini dari wakil rakyat UMNO dan PAS kelantan sepatutnya perlu. Bukan kita nak memihak mana-mana pihak. Ini adalah untuk kepentingan rakyat kelantan.

Inilah kekecewaan rakyat kelantan dalam memilih pemimpin yang sangat pandai mengampu ketua-ketua.

Alangkah hinanya pemimpin ini yang menafikan kepentingan rakyat sendiri semata-mata kepentingan sendiri. Kelakar juga bila mereka sepantas kilat menyokong saranan kerajaan pusat memberikan wang ehsan untuk Kelantan.

Sebaliknya pemimpin pakatan rakyat yang tidak kena mengena dengan Kelantan bangun mempersoalkan hak ini.

Inilah sebenarnya pemimpin di kehendaki rakyat yang berjuang menegakkan kebenaran.

Elok sangat kalau mereka yang mengampu kerajaan pusat membaca pandangan saya ini. Ini hanyalah pandangan daif dari seorang rakyat yang hanya hidup dengan mak ayah menoreh getah di kawasan pendalaman Gua Musang.

Saya rasa cukup terhina bila pemimpin dari negeri Kelantan pun mempersoalkan hak rakyat sendiri. Cuba la Datuk Pa , datuk Annuar Musa, Dato Awang Adek dan lain-lain pemimpin UMNO membuka balik perjanjian petroleum yang di telah dimeterai oleh Tengku Razaliegh dan pemimpin dahulu.

Janganlah berkokok sesudah matahari terbenam. Sebaiknya kalau Tuan Guru mendedahkan surat perjanjian untuk tatapan umum.

Baru kita rakyat yang tidak bersekolah tinggi tahu kedudukan sebenarnya. Boleh membezakan mana yang benar dan batil. Wallahualam.mohd sufian ahmad

TAK KIRA SIAPA







tak kira siapa, semuanya sujud pada Allah SWT

Mengapa ada pemimpin yang taat kepada Allah masih lagi melakukan kejahatan di muka bumi ini...? Adakah kerana Agama itu hanya untuk bersolat , berpuasa saja...?

Pemimpin yang berpura-pura dengan imej "keIslaman "nya amat merbahaya kepada perjuangan. Mempunyai "niat" yang tidak baik, bercita-cita besar. Boleh bercita besar tapi bukan menggunakan imej "keIslaman"nya.

Sekarang ni mungkin menjadi pujaan dan ada pengikut yang setia, tak pe lah! Jangan sampai bau busuk tu orang lain hidu, masa tu baru nak tutup...mungkin terlambat!

Cakap boleh sebarang cakap, tapi biarlah bertempat dan suasana..jangan main cakap tak tentu tempat atau dengan siapa bercakap! Silap orang boleh bawa malu...nanti mana nak letak muka tuuuuuu!!!!!
sapa makan cili bior dia rasa pedas!

ISU TAK PENTING








Rakyat Malaysia menjadikan isu rasuah tempat yang ke 5....

rasuah tak penting.....
sapa terima rasuah pun tak penting....
sapa beri rasuah pun tak penting....
yang penting...
ada beras di rumah...
boleh tido lena....
kau jangan kacau aku...
aku tak kacau kau.....

BELUM MASANYA LAGI...TG NIK AZIZ





Peralihan kuasa di Kelantan tidak perlu disegerakan kerana menteri besar Datuk Nik Aziz Nik Mat masih sihat dan mampu menguruskan pentadbiran kerajaan dengan baik, kata timbalan menteri besar, Datuk Ahmad Yakob.

"Perkara ini tidak berbangkit. Ia tidak perlu dicerita dan disegerakan. Sekarang ini kita lihat Tok Guru (Nik Aziz) pun masih sihat.

"Perjalanan pentadbiran kerajaan negeri pun berjalan dengan baik," katanya.

Beliau - yang disebut-sebut sebagai calon pilihan bagi menggantikan Nik Aziz - diminta mengulas spekulasi berterusan terhadap peralihan pucuk kepimpinan kerajaan Kelantan.

Sebelum ini, terdapat cadangan supaya Nik Aziz menamakan bakal penggantinya lebih awal supaya tidak timbul kekalutan apabila tiba masanya beliau melepaskan jawatan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, proses peralihan yang lebih panjang secara terancang dapat memastikan kestabilan dalam parti.

Bagaimanapun, exco kanan negeri, Datuk Husam Musa, antara yang disebut-sebut sebagai pengganti Nik Aziz pula dilaporkan berkata, Ahmad lebih lanyak menggantikan Nik Aziz.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Ahmad berkata, pandangan dan cadangan beberapa pihak berhubung perkara itu hanyalah pendapat peribadi semata-mata.

Mengulas mengenai nama-nama yang sering dispekulasikan itu pula, Ahmad hanya berkata:

"Semua orang ada keistimewaan masing-masing. Kalau amanah, (beliau) akan boleh bawa (mentadbir). Tidak ada sebab perkara ini (peralihan kuasa) untuk disegerakan."

Walaupun disebut-sebut sebagai calon pilihan, Ahmad berkata beliau "tidak terfikir" lagi berhubung perkara itu.

"Masing-masing patut buat kerja masing-masing. Apabila sampai masanya, patah tumbuh, hilang berganti," katanya.

Khamis, 26 November 2009

BENGGONG





Mana punya benggong menteri ni, nak cakap tapi tak tau...
Krisis BN boleh menjahanamkan rakyat dan negara tau tak..!!!!!

Kemelut dalam Pas mengenai siapa pengganti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan boleh menjejaskan kepentingan rakyat kerana parti itu lebih memberi tumpuan kepada soal politik daripada menyelesaikan masalah rakyat, kata Ketua Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, penduduk Kelantan sudah jemu dengan keadaan demikian kerana Pas tidak memberikan banyak masa untuk rakyat.

BEREBUT NAK JADI MB.....






Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, bersetuju Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, dilantik sebagai Menteri Besar sebagaimana saranan anggota Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa.

Dengan sokongan itu, Mohd Amar secara tidak langsung menolak pemilihannya sebagai pengganti menteri besar Kelantan, lapor Bernama.

Beliau menyokong kenyataan Husam semalam bahawa Ahmad yang juga timbalan pesuruhjaya I PAS Kelantan, merupakan pemimpin paling layak dilantik menteri besar, jika Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, melepaskan jawatannya.

Nik Amar berkata, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak, beliau secara peribadi menyatakan sokongan itu berdasarkan kedudukan timbalan menteri besar itu sebagai pemimpin paling senior dalam kepimpinan kerajaan negeri itu.

"Berdasarkan hiraki parti, Datuk Ahmad (Yakob) paling layak memegang jawatan itu," katanya kepada pemberita selepas majlis penghayatan wukuf peringkat negeri di Pusat Tarbiayah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, hari ini.

Ditanya mengenai kenyataan Husam tidak dicalonkan sebagai menteri besar bagi mengambil alih tempat Nik Aziz jika menteri besar melepaskan jawatannya, Mohd Amar berkata itu pendapat peribadi Husam sendiri.

"Itu hak dan soal dia, saya tidak boleh kata apa," katanya.

Isu itu tercetus apabila Mohd Amar sebelum ini membuat kenyataan mencadangkan supaya Nik Aziz menamakan calon yang bakal menggantikannya bagi mengelakkan berlaku sebarang perebutan dalam parti bila beliau berundur.

Menurutnya, kenyataan beliau yang dikeluarkan oleh laman web The Malaysian Insider itu tidak berniat meminta menteri besar berundur lebih awal daripada sepatutnya.

"Saya membuat kenyataan itu sebagai jawapan kepada salah satu daripada persoalan yang dikemukakan wartawan laman web itu baru-baru ini, tidak lebih dari itu," katanya.

Sementara itu, Nik Aziz yang ditemui selepas itu tidak mahu ditemubual oleh wartawan kerana alasan penat berucap di majlis itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga tidak mahu berbuat demikian.

HUSAM TOLAK JADI MB KELANTAN






Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa berkata beliau akan menolak tawaran jika dilantik menjadi menteri besar Kelantan, untuk menggantikan Datuk Nik Abdul Abdul Aziz Nik Mat.


Beliau berkata Datuk Ahmad Yaakob lebih layak menjadi menteri besar kerana kekananan serta hirarki dalam kerajaan dan parti iaitu sebagai timbalan menteri besar dan timbalan pesuruhjaya I PAS Kelantan.

"Semua calon layak, timbalan menteri besar lebih layak lagi sebab dia paling senior.
"(Cuma) jangan calonkan nama saya cukup, kerana saya tidak mahu dicalonkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada ibu tunggal yang terpaksa menanggung anak yang menghidap down syndrome di Kampung Becah Keranji dekat Kota Bharu hari ini.
Beliau mengulas laporan Bernama semalam bahawa Nik Abdul Aziz tidak menolak wujud kumpulan pelapis dalam PAS Kelantan yang bakal mengambil alih tempatnya sebagai menteri besar sekiranya beliau melepaskan jawatan itu.
Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz enggan membayangkan siapa nama yang disebut-sebut bakal menggantikannya, tetapi memberi gambaran ia tertakluk kepada hirarki dalam parti di peringkat negeri seperti pesuruhjaya, timbalan pesuruhjaya satu hingga tiga.

Pesuruhjaya PAS III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dipetik sebagai berkata Nik Aziz perlu mengumumkan calon penggantinya bagi mengelak perebutan dan konflik dalam PAS Kelantan apabila beliau tiada.

Sehingga kini Ahmad yang disebut-sebut di kalangan pemimpin dan penyokong PAS Kelantan kerana ketokohan ulama dan dirinya yang dilihat tidak pernah dicemari dengan pelbagai isu kontraversi.

Selain Ahmad, Husam dan Mohd Amar turut disebut-sebut sebagai bakal menggantikan Nik Abdul Aziz.

Husam, yang juga pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Kelantan berkata, berkata isu itu tidak perlu dihebohkan, kerana siapa yang dipilih memegang jawatan itu beliau akan menyokong.

Katanya, beliau akan mengkaji dengan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap laporan akhbar New Straits Times dan Utusan Malaysia yang menyiarkan berita berbau fitnah terhadapnya.

Katanya, beliau memberi tempoh seminggu ke atas kedua-dua akhbar itu untuk menyiarkan kenyataan permohonan maaf terhadapnya sebelum beliau mengemukakan saman di mahkamah.

Husam sebelum ini "diserang" oleh media tempatan dengan dakwaan beliau telah meletak jawatan dalam kerajaan dan politik berikutan konon beliau memberikan kata dua kepada Nik Abdul Aziz berhubung pelantikan ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mengenai kenyataan Nik Aziz yang memuji beliau sebagai pemimpin muda PAS yang berkaliber, Husam berkata beliau berterima kasih di atas penghargaan itu.

"Saya ucap terima kasih kerana saya dua tahun menderita kerana (dikatakan) menentang kerajaan perpaduan dan saya difitnah kiri kanan, blog yang tidak ada nama hentam saya, macam-macam program diatur untuk menanyakan saya, tetapi saya tidak boleh balas balik kerana nak jaga perpaduan dalam parti dan imej parti," kata Husam. BERNAMA

KONSPIRASI PAFA....panas!!!





Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Perak (PAFA) Dato’ Seri Ir Mohd Nizar Hj Jamaludin sepatut nya di beri ruang dan peluang untuk menangani masalah yang di hadapi oleh PAFA dengan FAM. Ini kerana hutang yang di tanggung oleh PAFA adalah hutang yang berpunca dari pengurusan PAFA pada tahun 2006 hingga 2008 yang lalu. Tidak perlu Nizar melepaskan jawatan nya,sedangkan masih ada ruang untuk mengatasi masalah tersebut walaupun terdapat pihak yang mempunyai agenda politik mendesak beliau berbuat demikian..



Kita perlu faham bahawa masalah dengan FAM hanya lah merupakan cadangan dari Jawatankuasa Pertandingan kepada Jawatankuasa Eksekutif FAM dan belum di putuskan secara muktamad. Sebagai Presiden yang bertanggungjawab, Nizar tidak akan membiarkan perkara tersebut berlarutan, walaupun beliau boleh berbuat demikian. Pujian harus di beri kepada Nizar, kerana sepanjang penglibatan beliau dalam PAFA, tiada hutang yang di tanggung oleh Persatuan dan tidak timbul masalah pembayaran elaun dan gaji kepada jurulatih dan pemain-pemain serta kakitangan pengurusan. Beliau juga telah menaikkan gaji kakitangan di bahagian pentadbiran PAFA sedangkan selama bertahun-tahun berkhidmat dengan PAFA, kakitangan tersebut tidak pernah di berikan kenaikan gaji oleh Presiden-Presiden PAFA sebelum ini.



Tiba-tiba terdapat beberapa pihak yang melenting , di antara nya bekas pemimpin PAFA dan beberapa orang Ahli Majlis dengan membuat kenyataan di akhbar, mendesak supaya Nizar berundur dan melepaskan jawatan. Sebenar nya mereka lah bekas pemimpin yang telah meninggalkan hutang serta bebanan kepada PAFA selama ini dan telahpun di singkirkan dari PAFA.



Di sebalik kenyataan yang di buat, mungkin ada agenda yang tersembunyi di sebalik tabir. Kenapa mereka perlu menyalak sekarang, sedangkan mereka tiada kena mengena langsung dengan PAFA. Mereka berbuat demikian mungkin kerana ingin mencari publisiti murahan atau di sebabkan memegang bendera berlainan warna.


Semasa DYTM Raja Nazrin menjadi Presiden PAFA , tuanku tidak dapat bertahan lama, kerana walaupun tuanku berusaha untuk mengisi tabung kewangan PAFA, pegawai kanan yang di harapkan oleh beliau telah menyalahgunakan peruntukan kewangan yang ada. Ketika ke luar negara untuk memilih pemain import, kuncu-kuncu beliau di bawa bersama tanpa perkenan tuanku. Tidak kah ini menyalahgunakan kuasa.



Kerana sikap tamak dan rakus beliau untuk mengaut keuntungan selagi memegang jawatan, apajua kerja-kerja yang mendapat pulangan yang lumayan, semua nya di sapu bersih.. Setelah hal yang sedemikian dapat di hidu oleh DYTM tuanku, dengan itu, tuanku mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan selaku presiden PAFA. Samada jujur atau tidak pegawai tersebut , kita fikir-fikir kan lah.



Sekiranya kita berfikir secara professional, wajarkah sebagai seorang Ahli Majlis, mendesak presiden untuk meletak jawatan tanpa sebab yang munasabah sedangkan kita tahu punca masalah sebenar. Semasa mula-mula mengambil alih kepimpinan PAFA, semua Ahli Majlis memuji Nizar dan berikrar akan menyokong kepemimpin beliau. Lagipun ketika itu, Nizar adalah MB Perak. Biasalah pada golongan hipokrit ini, sikap mengampu dan bermuka-muka telah bersemadi di jiwa mereka, tanpa di sedari oleh Nizar.



Ketika itu, Nizar berharap dan percaya, bahawa semua Ahli Majlis akan membantu beliau untuk memastikan Perak akan cemerlang dalam sukan bolasepak tanpa mengira warna bendera. Itu lah kesilapan besar yang Nizar telah lakukan. Kalau tidak masakan Zainol Fadzi, musuh politik beliau, di lantik sebagai pengurus pasukan Piala Presiden. Jadi, apabila kemelut dengan FAM ini melanda PAFA, kenapa tiba-tiba mereka tidak memberi sokongan dan membantu Nizar, sebalik nya menikam beliau pula. Mudah saja jawapan nya, kerana Nizar bukan lagi MB Perak, dan tidak perlu lah Nizar di ampu ataupun di tatang mahupun di sokong. Lagi pun, Nizar bukan orang UMNO.



Selain daripada itu, terdapat ‘tangan-tangan ghaib’ yang telah merancang untuk mengambil alih pengurusan PAFA. Bayangan Kabinet PAFA musim 2010 – 2012 telahpun di susun dan beberapa Ahli Majlis yang tidak bersekongkol dengan mereka akan di nyahkan dari PAFA, termasuk Naib Presiden, Dato’ Seri Abdullah Hishan dari Taiping. Sekiranya Nizar tunduk kepada kehendak mereka, sudah pasti pengurusan di PAFA bertambah kusut dan siapa kah yang akan mentadbir PAFA? Kesempatan ini lah yang di tunggu dan akan di ambil oleh mereka untuk membuat percaturan yang licik untuk merampas kuasa. Jelas termaktub dalam perlembagaan PAFA, jawatan Presiden di pilih semasa AGM dan untuk mengadakan AGM seterus nya, ialah pada tahun 2010.



Oleh itu perlu kah EGM di adakan sedangkan masalah dengan FAM boleh di selesaikan sebelum tamat tarikh tempoh yang di berikan. Lagipun tahun 2010, tak sampai dua bulan pun. Kalau mereka mempunyai prinsip, meletak jawatan adalah cara yang terbaik sekira nya tak sehaluan dengan ‘boss’ tetapi yang aneh nya, mereka tidak mahu meletakkan jawatan. Kenapa? Sebab nya mereka inginkan kuasa untuk mencapai hajat yang di idamkan selain dari menggunakan Persatuan sebagai tempat ‘cari makan’. Setelah Nizar di jatuhkan di persada negeri, maka tercipta lah tiga bendera dalam PAFA iaitu bendera PERAK, UMNO dan PR.



Tidak kah ini di namakan ‘politik’ dan siapa yang memulakan nya. Jawapan nya mudah sahaja, Ahli Majlis yang terdiri dari ahli UMNO lah yang memporak perandakan PAFA dan menyebarkan fitnah dan mencipta masalah dari masa ke semasa. Mereka menjalankan peranan sebagai ‘jarum ‘ ke daerah-daerah tertentu bagi tujuan merealisasikan hasrat terpendam. Terlebih dahulu, mereka memujuk supaya Zainol Fadzi bersetuju mengambil alih kepimpinan PAFA, sudah pasti penat lelah mereka akan dapat pulangan yang setimpal kemudian hari dan di beri imbuhan oleh Zainol. Bukan kah tradisi ini di amalkan dalam pemilihan UMNO? Siapa yang naikkan ‘boss’ akan di beri ganjaran yang setimpal. Selepas itu, mereka akan menuntut apa yang perlu sebagai balasan, termasuk lah jawatan dalam Persatuan kerana alasan mereka, Zainol tidak akan berjaya tanpa usaha mereka selama ini. Semua tindakan ini jelas satu tindakan yang ingin mengheret PAFA ke kancah politik dan menjadikan PAFA satu platform politik bagi mereka.



Sekiranya Zainol terperangkap dengan mainan kumpulan ini, karier politik beliau akan malap dan boleh menjejaskan kredibiliti beliau sebagai seorang Exco. Oleh itu adalah lebih baik Zainol tumpukan sahaja pembangunan sukan yang ada di seluruh pelusuk negeri Perak dan menjaga KPI beliau. Persoalan nya, mampu kah Zainol menjadi Presiden yang ada kelas tersendiri, dalam keadaan beliau yang sudah tentu akan sibuk sebagai seorang ADUN dan portfolio yang di sandang nya. Seandai nya beliau mahu pula menjadi pengurus pasukan, supaya di lihat lebih menonjol, siapa kah yang akan mengurus pasukan nanti. Sudah pastilah penolong kepada beliau yang kita sendiri belum pasti siapa, tetapi tidak salah jika kita andaikan , salah seorang dari kumpulan ini akan di lantik.



Tak perlu lah kita ambil contoh yang jauh, cukuplah semasa penolong pengurus beliau mengendalikan pasukan Piala Presiden Perak, terdapat banyak tuntutan yang mencurigakan telah di kemukakan semata-mata untuk menyapu kantung PAFA., tetapi berjaya di kesan oleh pengurusan PAFA. Ia nya juga telah sampai ke pengetahuan keluarga pemain dan sembang-sembang di warung-warung di Ipoh, ada yang mengatakan beliau ‘membuat duit’ dengan kepercayaan yang di beri oleh Zainol.



Samada Zainol selaku Pengurus tahu atau pun tidak, kita tak pasti, tetapi sebagai Pengurus, Zainol kena tahu dan sekiranya beliau tahu, kenapa kah beliau menyokong tuntutan tersebut tanpa menyemak nya terlebih dahulu, ataupun beliau segaja menutup sebelah mata kerana sebab-sebab yang tertentu? Seandai nya pegawai serupa ini di berikan jawatan dalam pengurusan pasukan yang lebih besar, tidak kah beliau akan ‚makan besar’. Tepuk dada tanya selera.



Masih ada ruang untuk Nizar memperbaiki serta menangkis serangan dari ‘musuh dalam selimut’ beliau. Singkirkan saja Ahli Majlis yang di lantik oleh beliau yang di dapati sahih menikam beliau. Bagi AJK yang yang di pilih di AGM pula, mereka seharus nya di kenakan tindakan disiplin kerana menentang secara terbuka kepimpinan Presiden dan membuat kenyataan di akhbar tanpa kebenaran Presiden. Kita tidak arif tentang perlembagaan PAFA, tetapi lazim nya, sekira nya kenyataan akhbar hendak di buat oleh sesiapa pun selain dari Presiden, kebenaran mesti lah di pohon terlebih dahulu.


Jelas, kenyataan yang di buat oleh Khairuddin, selaku Naib Presiden, langsung tidak menyebelahi Nizar. Mengapa dan kenapa? Mengikut sumber-sumber yang boleh di percayai, Nizar bukan lah pilihan beliau dan kuncu-kuncu nya untuk menerajui PAFA semasa AGM pada tahun 2008 yang lalu.



Walaubagaimanapun, beliau terpaksa akur dengan kehendak ahli gabungan, dan kemenangan beliau sebagai Naib Presiden, adalah di sebabkan percaturan yang di buat melalui SMS kepada gabungan-gabungan tertentu dan strategi yang di praktikkan sejak penglibatan beliau selama 30 tahun dalam PAFA lagi. Jika tidak berbuat demikian, beliau sudah pasti akan tersingkir. Dengan keadaan politik di Perak kini yang tidak menyebelahi Nizar, peluang keemasan ini di ambil oleh beliau untuk membalas dendam dan menyingkirkan Nizar dengan menjadikan salah seorang daripada ahli majlis yang mempunyai jawatan ‘exco’ sebagai ‘batu loncatan’.



Tanpa beliau sedari, sokongan dari daerah-daerah yang menjadi ahli gabungan PAFA dan ahli majlis adalah di perlukan, dan bukan nya mudah untuk mempengaruhi semua daerah kerana kebanyakan nya sudah celik..Mereka menyedari peranan beliau dan sumbangan beliau kepada PAFA selama ini tidak sehebat mana dan boleh di pertikaikan, terutama nya dengan jawatan beliau sebagai Naib Presiden yang hanya duduk di kerusi sahaja. Di katakan hendak membantu dari segi kewangan, ‘jauh panggang dari api’. Lagi pun, mereka berpendapat, khidmat Khairuddin telah sampai di penghujung nya walaupun beliau sendiri tidak beranggapan sedemikian.



Kebanyakan daripada daerah yang bergabung dengan PAFA telahpun bertukar pucuk kepimpinan dan bagi generasi muda yang cerdik, mereka tidak memerlukan pegawai yang hanya mementingkan jawatan untuk kepentingan diri. Namun beliau masih di sokong oleh dareah yang masih tidak bertukar wajah, ini lah realiti nya dalam PB Daerah yang bergabung denag PAFA. Ini kerana hubungan sebagai kawan dengan hanya mendapat habuan ,secawan ‘kopi’ sudah memadai untuk mendapatkan sokongan.


Walaubagaimanapun, beliau masih berusaha supaya masih ada ruang untuk beliau bertahan di PAFA. Sekira nya Nizar enggan melepaskan jawatan dan masih menjadi Presiden PAFA, sudah pasti Khairuddin akan terkubur di mesyuarat Agong yang akan datang dan inilah ‘mimpi ngeri’ yang beliau amat takuti. Oleh itu, usaha secara ‘senyap’ dengan penglibatan beberapa orang yang terpengaruh dengan nya sedang di lakukan untuk menjatuhkan Nizar dan menaikkan seseorang yang masih kabur dalam perjalanan liku-liku yang berduri di dalam PAFA.



Oleh itu semua peminat Perak harus lah memahami situasi dalaman PAFA itu sendiri sebelum menerima bula-bulat kenyataan dan kritikan dari pihak yang tidak bertanggungjawab. Fikirkan lah secara terbuka, kerana dalam mana-mana Persatuan sukan di Malaysia, pegawai-pegawai yang suka bermuka-muka, pandai mengampu, yang sudah usang untuk berada dalam Persatuan, mempunyai kepentingan peribadi, inginkan populariti, di fikirkan lebih layak untuk menjawat jawatan. Bagi yang mempunyai idea, pandai bercakap, tidak menurut kehendak golongan tertentu, mereka di anggap sebagai ‘pengacau’ dan mesti di ‘cantas’, dengan apacara sekali pun. Dengan berbuat demikian, bagaimana kah sesebuah Persatuan iti akan maju ke hadapan? Bukan kah cantas mencantas ini hanya terdapat di dalam pemilihan part politik sahaja.

Kegagalan PAFA dalam melaksanakan apajua perancangan adalah di sebabkan oleh :

  1. Persatuan itu di politikkan semata-mata untuk mengukuhkan kedudukan politk pihak tertentu dan pengikut-pengikut nya serta membuat keuntungan dengan kedudukan yang ada..
  2. Penglibatan orang politik yang mengenakan syarat terlebih dahulu sebelum menyertai Persatuan.
  3. Dana yang di perolehi untuk Persatuan tidak di masukkan sepenuh nya ke tabung Persatuan di mana sebahagian daripada nya di ambil untuk kepentingan politik.
  4. Perlantikan bagi jawatan Presiden dan Ahli Majlis tidak di buat secara telus. ( ada team A dan B )
  5. Setiausaha yang di lantik tidak berpengalaman dalam mentadbir Persatuan.
  6. Sikap’neutral’ tidak di amalkan oleh pemegang jawatan dalam Persatuan.
  7. Sekadar berpuashati menjadi AJK walaupun sepatut nya telah berundur
  8. Penjawat jawatan di daerah-daerah mudah terpengaruh dan di beli, semasa pemilihan di AGM dan lantikan AJK di buat secara ‘package’ seperti di mesyuarat pemilihan Jawatankuasa Bahagian.

Sebagai warga negeri Perak yang sayang dan cintakan bolasepak, marilah sama-sama kita fikirkan kaedah yang terbaik untuk menyelamatkan PAFA dari terus di monopoli oleh pihak yang tidak bertamadun ini. Selamatkan lah PAFA dari cengkaman mereka yang mempunyai kepentingan peribadi.



Mungkin kita boleh berkata, PAFA memerlukan individiu yang lebih layak dan mempunyai kredibiliti untuk membawa perubahan kepada PAFA serta menjamin kebajikan pemain, pegawai serta petugas terlibat. Persoalan nya di sini, apakah Nizar tidak mempunyai cirri-ciri yang di perlukan seperti di atas. Kita tidak usahlah bertanya kepada kumpulan yang hendak menjatuhkan Nizar, cuba kita ajukan soalan ini kepada pemain, pegawai dan petugas yang terlibat itu sendiri. Di situ lah jawapan sebenar yang akan kita dapat. Jangan cakap lah fasal perubahan kepada PAFA, ahhh.....mengarut jer.



Cuba kita imbas balik kepimpinan semasa Ramli Ngah Talib, Tajul Rosli, dan Dato, Zahid. Secara jujur nya, apakah perubahan yang kita nampak. Tidak ada apapun perubahan, hanya yang kita nampak, tumpuan hanya di pengurusan Liga Super dan di monopoli oleh orang politik menjadi pengurus pasukan. Siapa yang menjadi Pengurus, kedudukan ini akan melonjakkan populariti beliau untuk kepentingan peribadi dan politik beliau. Betul, pengurus cari duit untuk pasukan tetapi berapa peratus kah dari jumlah sebenar sumbangan yang di perolehi, di salurkan kepada persatuan mahupun pasukan. Selebih nya di belanjakan ke mana. Kalau ikut logik nya, sekira nya kesemua sumbangan yang di perolehi disalurkan ke pasukan, tiada hutang yang akan di tanggung oleh PAFA.



Sebab itu bolasepak dengan politik adalah dua perkara yang berbeza, tetapi sekiranya pengurusan nya melibatkan orang politik, secara tidak langsung, bolasepak itu akan di politikkan sebagaimana orang itu berpolitik. Tidak salah nya orang politik mahu menguruskan sesebuah pasukan bolasepak, tetapi biarlah pengurusan itu memperlihatkan ketelusan dan kemampuan sebenar beliau.. Lagi pun tidak semesti nya orang politik yang memegang jawatan dalan bidang sukan, akan memastikan kejayaan sesebuah pasukan kerana beliau harus sedar, lantikan yang dibuat untuk bidang sukan di peringkat negeri, adalah lantikan untuk memenuhi kuota exco yang di tetapkan dan bukan nya berdasarkan kepada pengalaman atau kebolehan beliau di bidang sukan.



Bagi mengelakkan perkara tersebut, biarkan lah pasukan di urus oleh mereka yang tidak berkepentingan dalam politik atau perniagaan supaya apa sahaja pergolakan yang berlaku, persatuan itu tidak di politikkan. Jika sekalipun orang politik hendak menerajui PAFA, biarlah mereka bukan nya ‘orang kuat kerajaan’ yang memegang portfolio sukan sahaja, kerana sekira nya beliau tidak memegang jawatan itu lagi, kesan nya akan menimpa persatuan tersebut. Sebagai peminat, kita pula tidak seharus nya meletakkan terus kepercayaan untuk beliau memimpin berdasarkan jawatan yang di sandang nya. Ini lah perubahan minda yang perlu di lakukan oleh pencinta sukan bolasepak di Malaysia.



Kita percaya, sekira nya, PAFA di terajui oleh pegawai yang telus seperti Nizar, pencapaian yang cemerlang dapat di capai dengan izin allah swt. Bagi DS Zamry, masa untuk beliau bersama PAFA bukan lah begitu lama untuk di tunggu, tetapi bersabarlah untuk seketika. Bincang lah bersama Nizar untuk menyelamatkan Perak tanpa mengira warna bendera. Dengan itu, beliau seharus nya memainkan peranan yang lebih efektif supaya Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) tidak di rampas oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.


from email