Pengikut

Isnin, 23 November 2009

APA KATA OSMAN KEPADA JAMAL.....

Dengan keputusan Mahkamah tadi, maka sahkan Changkat Jering, Behrang serta Jelapang akan diadakan PRK juga. Bagaimana hati dan perasaan Osman Jamal Hee apabila mendapat tahu keputusan Mahkmah memihak kepada Speaker.

Teman rasa mereka ni, tentu mandi pun tak basah dah, makan mesti tak kenyang, tidur dah tentu "ber-asing".

"Mati le kita man, kata jamal. Apa nak buat..? "
"Sabor jamal, jangan kelam-kabut..kalau mike takut, teman lagi takut..osman menyambung kata-kata jamal" ( agak teman le..).


SPR diarahkan untuk mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari bermula 16 November,di mana Mahkamah menyatakan Kerusi DUN Kota Siputeh kosong.

Sehubungan dengan itu,keputusan ini akan memungkinkan kerusi DUN Changkat Jering,Behrang dan Jelapang akan kosong setelah Tuan Speaker Perak, YB V.Sivakumar membuat semakan kehakiman nanti.sisibukit

1 ulasan:

  1. Ketika Pakatan Rakyat memenangi Perak selepas PRU-12 dulu, pelabagai kemelut melanda dalam isu pemilihan MB. Yang menarik perhatian aku, terdapat seorang calon yang kalah memohon kepada Anwar Ibrahim untuk meletakan beliau sebagai MB. Kini individu itu telah kembali. Aku sedang memerhatikan apakah kembalinya individu itu atas nawaitu yang sama? Sekiranya selepas PRU-13 Pakatan Rakyat menguasai Persekutuan dan Nizar diletakkan di persekutuan dan individu ini diletakkan sebagai MB, aku no hal! Tetapi sekiranya Pakatan tidak dapat menguasai persekutuan dan individu ini meneruskan nawaitu dan menyingkirkan Nizar? kemelut yang besar akan melanda! Nizar adalah idola pengundi Perak pro Pakatan Rakyat!

    BalasPadam