Pengikut

Jumaat, 20 November 2009

DATO SHAHRIL BENGGANG.....



Tidak puashati dengan jawapan bertulis isu perlunya kerajaan membina laluan pejalan kaki di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kurantin (KIK) di Johor Bharu, Datuk Shahrir Abdul Samad sekali lagi membangkitkan isu itu ketika perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, hari Rabu.



Ahli Parlimen Johor Bharu itu menyifatkan jawapan bertulis itu ekoran persoalan yang dibangkitkan ketika perbahasan peringkat Jabatan Perdana Menteri sebelum ini, hanya bagai ‘melepas batuk di tangga’.



Menurutnya, beliau membangkitkan isu penjaja kecil yang terpinggir, perlunya laluan pejalan kaki serta kemudahan hab pengangkutan awam di kompleks itu supaya ianya bukan sekadar pintu keluar masuk ke Singapura.



Namun jawapan diperolehi beliau kurang memuaskan dan tidak menjawab dengan tepat isu dibangkitkan itu.



Kecewa cara jawapan sedemikian, Shahrir memberi ruang ke dua kepada Kementerian Kewangan memberikan jawapan lebih lengkap dan memuaskan.

Ketika membangkitkan isu ini pagi tadi, Ahli Parlimen Sri Gading Datuk Mohamad Aziz turut mencelah menyokong supaya gesaan ahli parlimen diambil berat.



“Apa gunanya Dewan Rakyat kalau rintihan yang dibawa oleh wakil rakyat untuk kepentingan rakyat tidak didengar. Macam mana kita hendak laksanakan apa yang perdana menteri harapkan yang mengatakan rakyat didahulukan,” katanya.

Menurut Shahrir , “Walaupun Malaysia bergerak sebagai negara maju, negara maju juga perlukan laluan pejalan kaki.


Di Singapura ada di Thailand pun ada,”.



Sehubungan itu, beliau mahu Kementerian Kewangan memberi jawapan isu dibangkitkan itu sama ada secara lisan mahupun bertulis tetapi mestilah lengkap.



“Jika masih tidak jawab, saya akan terus bangkitkan ketika perbahasan Kementerian Dalam Negeri. Jika tiada lagi saya akan bangkitkan pula ketika Kementerian Kerja Raya,” tegasnya.



Bekas Menteri itu menegaskan, berdasarkan jumlah motosikal dan kenderaan yang di parkir di KIK, sekurang-kurangnya 5,000 orang akan menggunakan laluan tersebut.



Beliau juga mencadangkan supaya jangan hanya jabatan berkaitan sahaja di tempatkan di KIK, tetapi wakil Majlis Bandaraya Johor Bharu juga perlu ada bagi mewakili pandangan pengguna dan menyesesuaikan KIK sebagai tempat kemudahan awam serta mesra pengguna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan