Pengikut

Jumaat, 20 November 2009

PRK di 4 DUN




Jika pagi ni, jika Mahkamah memutuskan keputusan Speaker DUN Kedah muktamad, Perak bolehlah bersiap- sedia untuk Pilihanraya Kecil Di Dun Behrang , Jelapang serta Changkat Jering.

Jika keputusanya memihak kepada SPR , maknanya Mahkamah di negara ini semakin hari semakin hancur. Mahkamah jadi pecacai Barisan Nasional.

Apa yang rakyat tunggu lagi. Cukup dengan hanya ada beras dirumah, tidur lena "ber air-con",
mimpi yang indah-indah. Atau..tak pe le, tunggu je Pilihanraya Umum akan datang...

Makin hari rakyat ditindas, rakyat ditipu. Semakin galaknya mereka menggunakan kuasa.

Berapa lama lagikah rakyat akan berpeluk tubuh..?



Speaker Dun Perak V. Sivakumar menegaskan bahawa kedudukan kerusi Dun Kota Seputeh sama ada kosong atau sebaliknya mesti diputuskan oleh Speaker Dun sendiri.

"Apa yang berlaku dalam Dewan Undangan Negeri mesti diselesaikan dewan tidak perlu pada keputusan Mahkamah." Tindakan Speaker Dun Kedah Datuk Dr. Abdul Isa Ismail mengumumkan kekosongan Dun tersebut berdasarkan Surat Kekosongan Dun yang diterimanya sebelum ini, adalah muktamad.

"Keputusan Speaker (DUN) Kedah adalah muktamad, tidak perlu dan tidak boleh dibawa ke Mahkamah."

Tambahnya lagi, Speaker Dun hanya diminta memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) badap pelaksana itu boleh mengadakan suatu pilihanraya kecil dalam masa 60 hari.

Beliau juga mencabar BN menunjukkan klausa undang-undang yang membenarkan SPR atau Mahkamah sendiri berhak mendahului keputusan Speaker Dun.

"Nampak jelas dia (SPR) dan BN tak boleh campur tangan, sila tunjuk kepada saya di mana kuasa atau di mana autoriti Mahkamah hingga boleh memutuskan kekosongan (Dun Seputeh) itu."

Dakwanya lagi, BN cuba menghalang pilihanraya kecil Dun tersebut dari berlaku.

"BN yang minta jangan kosongkan kerusi itu (Dun Kota Seputeh)."

Dalam perkembangan berkaitan, mahkamah akan memutuskan sam ada menerima rayuan BN agar pilihanraya kecil tidak berlaku di Dun Seputeh esok.

Bagi BN, Datuk Abu Hassan Sarif masih layak bergelar Adun Seputeh walaupun sekian lama tidak menghadiri sidang Dun.

Bagi mereka, alasan kesihatan yang diberikan Abu Hassan sudah memadai untuk menghalang keputusan Speaker Kedah tersebut.

Sekiranya Mahkamah menerima rayuan tersebut, ianya menjadi satu lagi titik gelita dalam istitusi kehakiman negara, setelah Mahkamah sebelum ini mencampuri beberapa urusan autonomi dalam Dun Perak.

1 ulasan:

  1. Minta SPRM siasat kesahihan dokumen sakit yang dikemukakan oleh Datuk Abu Hassan. Takut-takut ada unsur-unsur 'Backdate'kan dokumen.

    Cari dan dakwa penipu rakyat. Kita berhak mengesa sebab kita bayar gaji mereka melalui berbagai-bagai cukai

    BalasPadam