Pengikut

Rabu, 11 November 2009

"MACAM TEMAN"





Sejak akhir ini bermacam isu yang kita dengor. Kekadang terfikir jugak, alangkah seronoknya UBN waktu ini apabila satu isu ke satu isu yang ditimbulkan. Bermula zaman 3 Adun PR Perak hinggalah kes yang terbaru dimana Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Mohd Ariffahmi Abd Rahman akan mendapatkan khidmat peguam bagi meneliti beberapa dakwaan bekas Pegawai perhubungan korporatnya, Syed Azidi Syed Abdul Aziz.
Ini yang terbaru.

Berbagai corah dan cara permainan UMNO ini, sungguh "bijak" mereka. Mereka cukup pandai mengambil kesempatan.

Agen-Agen UMNO kini merayap kesemua tempat, dalam PKR, dalam PAS dan juga di dalam DAP.
Apa yang mereka mahu...?
Sudah pasti ingin merobohkan Pakatan Rakyat.

Kerana mereka juga mengakui yang sekarang mereka semakin lemah. Dan kalau dibiarkan Pakatan Rakyat teguh, kukuh, sudah pasti PRU ke 13, UMNO hanya tinggal nama saja.

Pemimpin Pakatan Rakyat....?
Masih ada lagi yang mempunyai "selera besar" menggunakan politik untuk mencapai sesuatu.
Sikap mementingkan diri itu masih "tebal". Sikap tidak sepadan dengan muka. Kalau tengok muka....( Allah saja yang tau) tapi hakikatnya...( Allah saja yang tau).

Apa kata-kata yang sering disebut " harus berubah", tapi yang bercakap tu, dialah yang harus "berubah" sebenarnya.

Siapa dia...." dia ialah orang yang tak mahu berubah"
Macam sapa..."macam teman"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan