Pengikut

Isnin, 16 November 2009

SENATOR...2 HAJI TAK MERASA, ADA YANG TERASA








Datuk Azian Osman 50, Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timur dilantik sebagai Senator bagi Penggal kedua, Datuk Azian dilantik oleh Yang diPertuan Agong. Datuk Azian Osman, mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara untuk tempoh tiga tahun di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Armani Mahiruddin.
( bersongkok tu Datuk Azian, iras Hj Mus le pulak dahhh...)

Heng, 46, Timbalan Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan dilantik oleh DUN Perak. dilantik bagi penggal kedua oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.




Sebelum ini nama Hj Osman, Mantan Pengerusi PKR Perak telah dicadangkan sebagai Senator bagi DUN Perak begitu juga dengan Hj Mustaffa yang "teringin" juga nak jadi Senator. Nampaknya dua-dua tak merasa, dua-dua terlepas. Hj Osman dari awal lagi telah membayangkan jawatan Senator ini bukanlah sesuai bagi beliau dan tak sepatutnya nama beliau dicadangkan tapi memandangkan beberapa Ahli MPN Perak mahukan beliau .

Janganlah terlampau teringinkan benda yang bukan milik kita. Walaupun kerajaan Zambry ini kerajaan haram, tapi mereka ada segalanya.

Pada Hj Mustaffa, tunggu le penggal yang akan datang, kot-kot ada rezeki.
Kesian YB Lih Kang terpaksa menahan telinga.....????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan