Pengikut

Isnin, 23 November 2009

SAYA DITAWARKAN KE MEKAH.....




Ketika di Penang malam tadi, sambil mengenjuk anak sedara baru, teman sempat le bersembang dengan seorang Ahli Parlimen sambil makan-makan "pasembor penang". Bukan kebetulan tapi memang dah berjanji awal.

Berbagai cerita yang sedap dan tak sedap diluahkan MP ni termasuk le bagaimana dia diminta untuk dijadikan MP bebas. Berbagai tawaran ditawarkan kalau sanggup jadi MP Bebas..!!!
Yang tak sedap sikit katanya, ada dikalangan kawan-kawan parti sendiri yang jadi"broker" supaya beliau menjadi bebas. Disebutnya 2-3 nama...makkkk oiiiii!!! nama yang disebut semuanya teman kenal. Macam-macam kawan rupanya.

Selain ditawarkan duit sebanyak 3-10 juta, beliau juga ditawarkan untuk duduk di dalam GLC sebagai Lembaga Pengarah dengan gaji RM 16-18 ribu sebulan. Bukan 1 GLC, tapi 8 GLC tau!!

Sebelum buat keputusan katanya, "mereka-mereka" ni menawarkan beliau untuk ke Mekah selama 1-2 bulan, dan dalam tempoh "kurungan" itu, beliau diminta untuk mengentam DSAI dan Pakatan Rakyat. Memburukan Pakatan Rakyat yang "mereka-mereka" ni akan mereka segala bentuk ceritanya. Jahat betoi "mereka-mereka" ni. Memang BN nak jahanam dah rupanya!!!

Sapa yang beliau tak jumpa...?

Beliau juga menyatakan kekesalan terhadap beberapa pimpinan parti yang hanya pandai bercakap dan hanya mendengar satu belah pihak saja, tanpa merujuk segala "detil" kepada beliau.
Beliau juga menyatakan, setakat ni komitmen serta pendirian beliau amat jelas untuk terus bersama parti . Tak perlu persoalkan dengan sapa beliau "berkawan" . Kerana isu "berkawan" ni sering dijadi isu dikalangan kawan-kawan dalam parti.

Saya ada maruah, saya ada keluarga dan saya tidak sekali-kali khianat kepada pengundi saya bahkan kepada parti. Itulah kata-kata yang mengesahkan yang beliau tidak akan melompat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan