Pengikut
Sabtu, 21 November 2009
SAPA MAU BACA...BACA!
Entah mengapa tetiba je geram dan berbulu je kepala ari ni. Benda nye bukan le besor sangat yang nak dikelam-kabutnyakan. Tapi kalau dah jenis yang tak tau nak buat keje, memang tak tau le. Bagi le pangkat sebesor mana pun, macam hampas !!!!
Kesian kawan-kawan yang terpaksa menanggung aib orang lain.
Ni le akibatnya, kalau orang yang diamanahkan tak amanah....!!!!!!
Teman pun masuk blog-blog lain, tengok ada yang "ngam" sempena kejadian hari ni.
BUKAN perkara baru bahawa Melayu mengkhianati Melayu. Sejarah penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris dipenuhi dengan perbuatan mengkhianat orang Melayu terhadap bangsanya sendiri. Terakhir apabila orang Melayu sendiri yang menyerahkan negeri-negerinya kepada Britain untuk dijadikan Malayanunion.
Melayu bangkit dan ditubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Malayanunion digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Melayu bertolak ansur dengan menyerahkan kewarganegaraan kepada bukan Melayu. Sama ada ia bertolak ansur atau pengkhianatan, ia memerlukan penyelidikan mengenai sejarah negeri-negeri Melayu menjadi Malaya. Tidak lagi disebut Malay States.
Sedangkan sebelumnya dikenali sebagai Federated Malay States dan Unfederated Malay States. Apabila dicantum hanya dikenali sebagai Federation of Malaya. Hilang Malays, digantikan dengan Malayans. Dalam bahasa Melayu memang disebut Persekutuan Tanah Melayu. Sepatutnya diterjemahkan menjadi Federation of Malayland. Atau Malay States. Apa yang muncul ialah Malaya. Tentu dunia mengiktiraf Malaya dan bukannya Tanah Melayu.
Tetapi ketika itu, bahasa kebangsaan diisytiharkan sebagai bahasa Melayu. Bagaimanapun yang berkuasa sudah bukan lagi Raja-Raja Melayu tetapi kerajaan-kerajaan di negeri-negeri dan Pusat, yang dipegang oleh Perikatan. Umno, MCA dan MIC. Dikatakannya perkongsian kuasa. Hakikatnya ia merupakan kerajaan campuran Umno, MCA dan MIC walaupun Umno dominan. Namun Britain masih berpengaruh besar ke atas Malaya.
Kisah-kisah pengkhianatan ekonomi banyak diceritakan tetapi tidak didokumentasi dan disiasat yang tentunya memerlukan satu usaha besar. Pastinya sukar untuk dilakukan kerana kesan politik terhadap laporan seumpama itu. Namun laporan-laporan berkala seperti Laporan Audit menampakkan perkara-perkera sedemikian. Negara sudah menyimpang jauh daripada watak integriti yang wujud ketika penubuhan Malaya dahulu.
Kini gejala terbesar yang menunjukkan pengkhianatan itu adalah gejala politik wang dalam Umno. Kemenangan Umno dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang baru-baru ini hanya menunjukkan bahawa sebahagian rakyat sudah dapat menerima amalan politik wang sebagai sebahagian budaya pembangunan negara. Mereka tidak melihat ia sebagai pengkhianatan.
Sebab itu peristiwa di mana Adun-Adun melompat di Perak yang merupakan satu pengkhianatan dialu-alukan oleh kerajaan BN. Hakikat bahawa Adun itu telah mengkhianati pengundi tidak diambil kira. Berapa ramai yang kenal sangat calon yang bertanding. Kebanyakannya memilih parti dalam pilihan raya umum 2008.
Secara umumnya dalam pilihan raya 2008 itu, mengapakah rakyat lari daripada BN? Jelas majoriti bukan Melayu menolak BN. Walaupun terdapat banyak faktor tetapi apa yang nyata ialah mereka tidak mempercayai wakil-wakil rakyat BN. Dengan pemahaman bahawa wakil-wakil MCA, MIC dan Gerakan tidak dapat banyak bersuara, maka mereka menyalahkan wakil-wakil Umno.
nak tau seterusnya : http://awaldanakhirzaman.blogspot.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan