Pengikut

Jumaat, 20 November 2009

KPN MINTA BALA SERAH DIRI....?





Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, penyiasat persendirian P. Balasubramaniam perlu tampil ke hadapan dan berterus terang dia kini sedang melarikan diri daripada siapa dan bercakap benar mengenai episod di sebalik isu kontroversi dirinya.


“Daripada siapa dia kini melarikan diri? Kenapa dia sendiri menyembunyikan diri? Siapa yang sedang memburunya sekarang?” tanya Musa.



Malah katanya, Balasubramaniam patut tampil ke hadapan dan bercakap benar.



Sebaliknya kata Musa lagi, Balasubramaniam bertindak seolah-olah dia kini seorang pelarian yang dikehendaki sedangkan namanya tidak ada pun dalam senarai orang yang dikehendaki polis.



“Pihak polis hanya mencari dia untuk merekodkan keterangan berkaitan dua deklarasi berkanun yang dia buat tetapi bercanggah di antara satu sama lain,’’ jelas Musa.



Balasubramaniam telah menghilangkan diri sejak 3 Julai tahun lalu selepas mengeluarkan pengakuan bersumpahnya yang menafikan pengakuan bersumpah awal berkaitan kes pembunuhan rakyat Mongolian Altantuya Shaaribuu.Kata Musa, jika Balasubramaniam benar-benar jujur dan ikhlas, dia patut ke hadapan dan berikan kenyataan kepada pihak polis.

2 ulasan:

  1. Lari Bala lari! jangan kasi ini Musa Hasan jumpa lu!

    BalasPadam
  2. Bagitau Musa!! cari lah sendiri. Itukan kerja Polis. Daging dan tulang yang berkecai lagikan jumpa dan kenal tuan empunya tubuh, inikan pula Bala yang masih bernyawa.

    Polis ada ekses diserata 1Malaysia, global dan glokal. Macam2 skuad ada. Dimana anjing-anjing pengesan??

    BalasPadam