Pengikut

Selasa, 10 November 2009

TOYO JUMPA KATAK....






Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo akan menemui ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah bagi menyatakan penghargaan kepadanya kerana menyokong BN.

Badrul Hisham mengisytiharkan keluar dari PKR hujung bulan lalu dan menyatakan sokongannya kepada BN.

Dalam sidang DUN Selangor yang berlangsung sekarang, Badrul Hisham dipindahkan duduk di belakang ADUN BN.

Ditanya sama ada pertemuan itu bertujuan untuk 'memujuk' Badrul Hisham masuk Umno, Dr Mohd Khir berkata: “Itu terserahlah kepada pengurusan Umno Selangor”.

“Sebagai seorang rakan (ADUN), saya menemuinya untuk memberi sokongan,” tambahnya.

Badrul mengisytiharkan keluar dari PKR pada 29 Oktober lalu dan menjadikan ADUN bebas yang 'mesra BN'.

Beliau membuat pengumuman itu beberapa jam selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengusulkan kepada PKR agar mendesak Badrul melepaskan jawatan wakil rakyat

Badrul sejak sekian lama menimbulkan masalah dalam parti itu apabila didakwa tidak menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat di situ.

Di samping itu, spekulasi juga tersebar sejak beberapa bulan lalu yang mendakwa kemungkinan beliau melompat parti untuk menyertai Umno.

Spekulasi itu diperkuat lagi dengan hadirannya di rumah terbuka Hari Raya Ketua Umno Klang Datuk Mazlynoor Abd Latif awal bulan lalu.

Badrul menang kerusi DUN Pelabuhan Klang dalam pilihan raya umum dengan majoriti 4,407 undi, ekoran rasa tidak puashati terhadap bekas ADUN kontroversi Umno, Datuk Zakaria Md Deros.

Badrul merupakan ADUN pembangkang kelima yang keluar parti, selepas tiga ADUN di Perak (dua PKR, satu DAP) dan seorang lagi ADUN PKR di kedah dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan