perakkume
Sepatutnya masa mahkamah hendaklah digunakan seberapa produktif yang boleh supaya kes-kes tertunggak dapat diselesaikan dengan cepat. Masa tidak terbuang, wang negara pun dapat diselamatkan.
Saya terkedu apabila Timbalan Pengerusi SPR menyatakan ini kes Siputeh adalah kes pertama di Malaysia, jadi beliau perlu rujuk kepada Peguam Negara sama ada mahu ke Mahkamah Rayuan atau tidak. Siapa yang mulakan, dan siapakah yang memandai-mandai?
Selama ini SPR hanya menjalankan tugas menjalankan pilihan raya apabila berlaku sesuatu kekosongan kerusi parlimen atau DUN.
Bila SPR mengambil alih tugas mahkamah dan mengisytiharkan kerusi DUN Siputeh tidak kosong, walaupun Speaker Negeri Kedah telah mengeluarkan notis berlakunya kekosongan, inilah timbulnya masalah. Memang benarlah apa yang dikata oleh Wan Mohd bahawa ini kes pertama, kerana belum pernah SPR camputangan dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri. Benarlah persepsi rakyat menyatakan SPR menurut telunjuk pemerintah walaupun ianya melanggar perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri.
Apakah mereka ini tidak ada langsung rasa malu diri, di mahsyar Rabbul Jalil?
Apa ertinya melompat ke parti bebas? Bebas ialah orang yang mempunyai perjuangan sendiri yang tidak terdapat pada parti lain. Ada idea untuk memartabatkan perjuangannya, dan ianya dibuat semasa penamaan calon, bukan selepas menang dengan tiket parti lain. Inilah yang sebenarnya bebas, tidak terikat dengan mana-mana ideologi parti lain. Apa jadi jika ini menjadi satu trend dan dihalalkan oleh kerajaan di mana satu masa ramai yang bertanding atas tiket lain, bila menang isytihar diri parti bebas bagi mendapatkan pelbagai keistimewaan dan ganjaran. Tidakkah akan terjadinya kacau-bilau dan huru-hara dalam sistem pemerintahan negara ini?
Ikutlah kebenaran. Ikutlah jelujur. Cara kerja semasa kita mengangkat sumpah menerima jawatan dan tanggungjawab. Bukan sahaja kepada kerajaan tetapi kepada rakyat terbanyak. Sanggupkah kita berhempas pulas di mahsyar bagi menjawabnya?
Banyak perkara yang berlaku, banyak masa dihabiskan, banyak wang ringgit rakyat dihabiskan cuma hanya bagi memuaskan nafsu serakah pemerintah yang sepatutnya dihabiskan bagi memartabatkan kehidupan manusiawi yang masih ramai yang setengahnya hidup seperti "haiwan", kais pagi makan pagi bahkan ada yang mengais pun tidak cukup untuk sarapan pagi!!! copy ahmad shuhaimi/laman marhean
Boleh ke terus nak harapkan SPR bebas, kalau begini le caranya sampai bile pun pakatan rakyat tak boleh menumbangkan bn. Kalau opis boy buat kerja kerani tu biasa kita dengor, ni opis boy buat keje pengarah. mati kita yop!speaker dewan dah tak ada "kekebalan". SPR/UMNO tidak menghormati undang-undang lagi.....
Cari le kaedah yang sesuai untuk tumbangkan bn ni, bak kata mat sabu, kalau nak tumbangkan bn ni mesti kena kat jalan raya bukan pilihanraya.
Salam Tn Hj Kedekut
BalasPadamkita pakat ramai ramai gulingkan Rajagopal biar negeri ini jadi Republikan. amik contoh P.Pinang, Melaka, Sabah & Sarawak tak ada Rajagopal pun rakyat boleh hidup