Pengikut

Khamis, 19 November 2009

PAS KEJOR UMNO, UMNO KEJOR PAS, PKR DI BANGKU SIMPANAN




Pelancaran Tabung RM 1 bagi membantu menyelesaikan masalah PAFA telah dilancarkan oleh Presiden PAFA bersama Dewan Pemuda PAS Perak baru-baru ini. Dan yang terbaru, tindakan senyap PKR dan DAP kini dipersoalkan. Mengapa PKR dan DAP tidak bersama dalam kempen ini..?adakah tidak jemput atau tidak dimaklumkan. Atau DPPPerak memadai-mandai..?

Krisis kewangan PAFA kini cukup meruncing sehinggakan berlaku "perang"antara DS Nizar dan DS Zambry. Ianya bermula apabila DS Zambry membangkitkan isu tunggakan gaji para pemain skuad Seladang ini, ekoran daripada itu, DS Zambry meminta DS Nizar meletakan jawatan sebagai Preisen PAFA dan memberi laluan kepada mereka yang "berhak" dengan alasan DS Nizar tidak boleh membantu PAFA lagi.

Namun DS Nizar tidak berganjak dengan keputusan beliau sebelum ini, untuk terus mempertahankan jawatannya sebagai Presiden PAFA. DS Nizar menyatakan, masalah tunggakan gaji, KWSP, Socso serta LHDN bukannya masalah baru tapi masalah yang ditinggalkan kepimpinan PAFA yang lalu. Bagi DS Nizar, Kerajaan yang ada sekarang harus membantu menyelesaikan kemelut ini bukan hanya menuding jari kepada beliau.

Selagi DS Nizar serta DS Zambry tidak duduk bersama untuk menyelesaikan isu ini, ianya boleh membawa kepada imej yang "kurang baik" kepada kedua-dua Menteri Besar ini. Apa yang penting keduanya harus mencari jalan terbaik untuk menjamin peningkatan serta nasib skuad "kejor yop kejor" ini. Jangan marah nyamuk bakar satu rumah.

Cuma amat yang teman nak katakan, beberapa kerat pimpinan PKR dan DAP yang ada dalam PAFA. Masa mula-mula dulu, kawan-kawan bercakap juga, mengapa semuanya PAS nak "bolot".
"Dah le Presidennya PAS, Setiausaha PAFA nya PAS, Pengurusnya PAS , Ahli-Ahli Majlis PAFA kebanyakannya UMNO , Presiden Kelab Penyokong pun UMNO dan kata kekawan lagi, budak-budak yang kutip bola pun PAS....." . PKR jadi tukang tengok je.
Jadi elok le berbaik-baik..demi bola sepak Perak!!

1 ulasan:

  1. Salam tuan,
    Pandangan aku, masalah ni patut disetelkan sekretariat gabungan parti dalam Pakatan Rakyat. Aku dah maklumkan MB Nizar di UREKA, masalah negeri harus difikirkan guna folder Pakatan Rakyat tapi masalahnya kadang2 MB Nizar masih gunakan folder parti. Siapalah aku. Persepsi pengundi kena jaga beb!

    BalasPadam