Pengikut

Isnin, 23 November 2009

TG NIK AZIZ BUKAN PM MALAYSIA






Mengapa mempersoalkan TG Nik Aziz sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat. Adakah kerana TG Nik Aziz tidak diterima orang bukan melayu-"orang cina". Betul ke TG Nik Aziz tidak diterima..?

PKR, DAP dan PAS adakah diterima semua orang! semua orang suka pada ketiga-tiga parti ke?

Janganlah mempersoalkan pertanyaan begitu. Macam budak-budak!

Meletakkan TG Nik Aziz sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat bukan bermakna meletakkan TG Nik Aziz sebagai Perdana Menteri Malaysia. Lagi pun tak kan beliau "pelahab" untuk menjadi Perdana Menteri. Jiwa beliau bukan macam jiwa "orang yang komplen"tu. Mengapa perlu ada pertentangan mengenai imej TG Nik Aziz. Sejarah telah membuktikan bagaimana beliau menguruskan Kelantan serta komitednya dengan perjuangan.

Dalam keadaan politik sekarang ni, semua Pimpinan Pakatan Rakyat dihentam segenap penjuru. Macam-macam cerita, macam -macam isu yang dibangkitkan BN untuk merendahkan moral Pemimpin Pakatan Rakyat.

TG Nik Aziz manusia biasa juga, tapi BN tidak mungkin mempunyai ruang yang banyak untuk manipulasi beliau. Kita perlu akur, banyak isu dengan mudah saja "dipatahkan" TG Nik Aziz.

Janganlah selalu berfikirkan sempit hanya untuk kepentingan dan agenda peribadi. Kalau tak, tak kan Anwar memberi amaran keras kepada semua ahli PKR, supaya merubah atau sedia diubahkan.....Usah menjadi "jaguh".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan