Pengikut

Selasa, 17 November 2009

MAHATHIR JADI MENTERI KANAN MALAYSIA




Pengerusi Risda, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada Selasa mencadangkan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertimbangkan jawatan menteri kanan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Beliau berkata pengalaman luas Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun yang telah melaksanakan pelbagai projek pembangunan sehingga menjadikan ekonomi negara ini kukuh perlu dimanfaatkan oleh kerajaan bagi membantu Malaysia agar terus maju di samping untuk memajukan negara-negara Islam lain.



"Tanpa jawatan ini pun Tun Mahathir sentiasa dijemput oleh negara-negara tertentu seperti Jepun, Mesir dan sebagainya untuk memberi pandangan dan berkongsi pengalammanya dari semasa ke semasa.



"Jadi ada eloknya sedikit status ditimbangkan untuk Tun Mahathir bagi membolehkan beliau melawat negara-negara tersebut dan memberikan idea-ideanya tentang bagaimana untuk mempercekapkan sistem pembangunan sesebuah negara itu," katanya kepada pemberita selepas majlis pengagihan buku Amanat Perdana Menteri kepada 113 pegawai kanan Risda, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan badan bukan kerajaan (NGO) di sini hari ini.


BERNAMA

1 ulasan:

  1. aLAHAI...tAK PERLU LAH...lEBIH BAIK DIA BEBAS. Kalau dia ada idea dia nasihatlah PM dengan Ikhlas.

    Kalau jadi Menteri Kanan ke..Menteri Perdana ke..Takut nanti tak ikut nasihat dia merajuk pula.keluar parti pula dan berbagai-bagai kerenah..

    RTC memang nk bodek Mahathir. Kes anak sekolah dulu pun Mahathir yang selamatkannya..Nak balas jasa la tu kononnya..Orang macam ni tak pernah pikir buruk baik satu-satu cadangan itu.Mahu cari kesempatan semata-mata.

    BalasPadam