Pengikut

Khamis, 12 November 2009

KESIAN...KESIAN.......KESIAN




Saksi perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Mohamad Norza Zakaria memberitahu Mahkamah Sesyen di Temerloh bahawa dia terdorong memberi keterangan palsu kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana trauma akibat didera semasa soal siasat.

Mohd Taupik Hussain mendakwa semasa disoal siasat oleh tiga pegawai SPRM Pahang pada 22 Januari lepas, dia telah didera secara fizikal dan mental.

Katanya dia dibawa ke pejabat SPRM Kuantan pada 22 Januari dan pada kira-kira pukul
5 petang telah dibawa ke sebuah bilik dan diarahkan menanggalkan pakaian kecuali seluar dalam, melakukan ketuk ketampi serta tekan-tubi, berguling-guling di atas lantai selain kepalanya diketuk dengan kasutnya oleh pegawai terbabit.

"Proses penderaan berkenaan berlarutan sehingga pukul 11 malam sebelum saya diarahkan untuk menandatangani satu surat Orang Kena Tahan pada pukul 11.14 malam," dakwanya.

Mohd Taupik berkata demikian semasa menjawab soalan peguam yang mewakili Norza, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dalam prosiding mencabar kebolehpercayaan saksi di hadapan Hakim Azuar Che Yusof Rabu.

Katanya akibat tidak tahan dan berasa tertekan dengan penderaan dan ugutan tersebut, dia terpaksa membuat kenyataan palsu bahawa dia menemui dan menerima sampul surat putih lebih kurang 20 keping yang diikat dengan getah daripada Mohamad Norza di Mont Kiara, Kuala Lumpur pada pukul 8 malam, 19 Januari lepas.

Mohamad Norza, 43, yang juga bekas anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, dituduh memberi suapan RM1,500 kepada Khadri Musa menerusi ejennya Halimi Kamaruzzaman untuk diagihkan kepada perwakilan sebagai dorongan untuk mengundinya memenangi jawatan MT pada Perhimpunan Agung Umno Mac lepas.

Dia juga dituduh memberi suapan RM1,900 kepada Mohammad Anuar Yunus menerusi Halimi bagi tujuan sama. Kedua-dua tuduhan itu didakwa dilakukan di No 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh pada 6.30 petang, 20 Januari lepas.mkini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan