Pengikut

Isnin, 23 November 2009

SAYA TETAP AKAN PULANG ke PERAK




Pada usia 85 tahun, Chin Peng atau Ong Boon Hwa , menaruh harapan agar beliau mati di tempat kelahirannya, No 36, Jalan Kg Koh , Setiawan Perak. Beliau berkata, jika harapannya itu tidak dapat dipenuhi, beliau mohon agar abu mayatnya boleh dibawa balik untuk ditanam di samping kubur bapanya.Cuma itu saja harapan yang ada.
Beliau secara terbuka memohon maaf diatas kematian orang awam sewaktu darurat dulu.

sebelum ini:

Cubaannya untuk kembali ke Malaysia menerima sokongan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan

Chin Peng tidak pernah menyatakan kesal memimpin Parti Komunis Malaya dalam perperangan mereka menentang kerajaan malaysia, malah bangga dengannya sebagaimana yang ditulis olehnya dalam bukunya, ("Setiap generasi membina impiannya. ... Tetapi anda membayar ke atas impian anda itu. Kami telah membayar harga ke atas impian kami. ... Saya tidak menyesal berjuang ke atas sesuatu yang saya percaya dan masih mempercayainya sebagai suatu perjuangan yang adil.")

Penerimaan Chin Peng kembali ke Malaysia ditentang hebat oleh ramai sanak saudara mangsa kekejaman Parti Komunis Malaya termasuk polis dan tentera yang terkorban.

Ini disebabkan Chin Peng merupakan orang yang bertanggung jawab dengan kegagalan Rundingan Baling dengan berkeras menuntut agar Parti Komunis Malaya diterima sebagai sebuah parti politik, walaupun telah ditawarkan pengampunan sebelumnya.editwikipedia.

1 ulasan:

  1. Banyak fakta sejarah dibohongi dan dilindungi untuk menjaga kepentingan golongan tertentu...justeru adalah perlu membuat penelitian tentang sesuatu perkara berbangkit sebelum kita membuat sebarang keputusan...agar kita tidak tertipu dengan mainan kotor golongan tersebut......

    BalasPadam