Pengikut

Jumaat, 20 November 2009

AHLI UMNO DITAHAN...RASUAH!!!!!






Enam ahli Umno bahagian Kota Tinggi termasuk Ketua Pemuda Umno Bahagian berkenaan serta seorang bekas Setiausaha Akhbar Menteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor awal pagi tadi semalam untuk siasatan berhubung dakwaan cuba menyogok tiga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno bahagian berkenaan sebanyak RM40,000.

Semua mereka yang berusia antara 30 dan 40 tahun itu, ditahan kira-kira jam 2 pagi di rumah seorang AJK berkenaan, selepas kumpulan terbabit dikatakan cuba berunding dengan lelaki terbabit untuk menarik balik hasrat meletakkan jawatan sebagai AJK Pemuda bersama 17 yang lain.

Difahamkan, rundingan berkenan dilakukan selepas 18 AJK Pemuda Umno Bahagian Kota Tinggi meletakkan jawatan serentak minggu lalu, berikutan hilang kepercayaan terhadap pimpinan Ketua Pemuda Umno bahagian itu.

Ia menyebabkan satu pemilihan baru perlu diadakan membabitkan pergerakan berkenaan selepas dua pertiga jawatankuasa meletakkan jawatan.

Sumber berkata, tindakan itu menyebabkan enam lelaki terbabit mengadakan rundingan dengan sekurang-kurangnya tiga AJK Pemuda Bahagian yang meletak jawatan bagi menarik balik peletakan jawatan untuk mengelakkan pemilihan semula Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Tinggi.

"Bagaimanapun, seorang daripada mereka membuat keputusan untuk melaporkan perkara berkenaan kepada SPRM bagi membendung amalan politik wang dalam Umno.

“SPRM kemudian bekerjasama untuk memerangkap kumpulan terbabit dengan mengadakan satu transaksi di rumah berkenaan tengah malam semalam (kelmarin) sebelum mereka ditahan kira-kira jam 2 pagi,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata beliau mengetahui mengenai penahanan enam ahli bahagiannya itu.

"Saya serahkan kepada SPRM untuk menyiasat kejadian ini dan berharap kebenaran akan muncul supaya parti (Umno) terus berubah seiring dengan tuntutan rakyat dan sentiasa relevan dalam arus politik negara,"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan