Pengikut

Selasa, 10 November 2009

CHUA BUKAN TIM PRESIDEN MCA?





Mantan ketua biro guaman MCA yang dipecat Leong Tang Chong mendakwa Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mengesahkan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai timbalan presiden yang sah parti yang sedang dilanda konflik itu.

Beliau bagaimanapun tidak mendakwa ROS telah terkeliru, sebaliknya menjelaskan: "ROS tidak mengesahkannya.

"Ia hanya menyatakan bahawa berdasarkan maklumat yang diserahkan oleh Dr Chua, ia berpendapat jawatan timbalan presiden tidak kosong."

Leong menunjukkan satu salinan surat ROS itu kepada wartawan pada sidang media di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur pagi ini.

Beliau juga mendakwa surat tersebut tidak dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu yang mengiktiraf keputusan ROS itu dan mengembalikan jawatan nombor dua kepada bekas menteri kesihatan itu.

"Saya percaya jawatankuasa pusat telah dikelirukan oleh presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan