Pengikut

Isnin, 16 November 2009

BUKAN KONVESYEN TAPI "MELEPAK"






Perak Negeri PKR, ye ke ni...?

Konvesyen Kali 2 yang diadakan pada Sabtu lalu tidak mendapat sambutan, mengapa?

Dan mengapa perlunya Konvesyen kali ini..? bukankah beberapa bulan yang lepas telah pun ada Konvesyen di Teluk Intan. Oh ya! dulu MPN nye orang lain, MPN baru ni pun nak juga Konvesyen.



Tapi sepatutnya tak perlulah nama "konvesyen". Kalau Konvesyen bukan begitu caranya. Apa yang sesuai...? seminar, ceramah, taklimat, taupun majlis santai je kot..? Agaknya ada ke yang benar-benar peduli dengan apa yang berlaku semasa konvesyen. Sapa yang benar-benar ambil perhatian dengan Konvesyen. Banyak yang duduk
melepak dibawah. Suasananya hambar..!!!!



Ketika Konvensyen bermula dan usul sedang dibentangkan masih banyak kerusi yang kosong. Kosong, kerana yang sepatutnya berada didalam dewan tetapi mereka lebih berminat untuk berkonvesyen diluar.

Tak berminat berkonvesyen kot..? tapi minat untuk menjadi calon, berminat untuk jadi YB.

Gerak Kerja tak perlu buat, Cabang mati, aktiviti tak perlu, cukup dengan sokongan rakyat kepada PKR, cukup dengan pi dengor ceramah. Cabang tak perlu mesyuarat, minat tak ada. Entah le, pening memikirkan.

Kalau di takdir Allah Perak ada Pilihanraya, macam mana agaknya. Mau kelam -kabut Ketua Cabang mencari jentera .

Kalau di tanya apa masalah, jawapan tetap sama duit tarak!!!! macam mana Cabang nak bergerak..? jawapan ini biasa!




2 ulasan: