Pelbagai usaha sebenarnya dibuat, sejak berpuluh tahun dahulu untuk membunuh karektor TG Nik Abdul Aziz namun ia gagal.
Malahan, semenjak TG Nik Aziz menjadi MB Kelantan, Umno sudah banyak kali bertukar ketua di peringkat negeri. Antaranya Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Mustapa Mohamed dan Tengku Razaleigh Hamzah.
Namun, hebat-hebat mereka ini, baik Dr. Mahathir, Tengku Razaleigh, Mustapa dan Annuar, akhirnya satu demi satu menuju ke zaman politik yang gerhana.Dr. Mahathir sudah menjadi ‘Quran buruk’ dalam Umno. Tegurannya sudah dianggap sebagai ‘mengacau dan merosakkan’.
Tengku Razaleigh sudah menuju zaman gerhana kerana hasratnya untuk bertanding kerusi Presiden Umno hanya menjadi bahan gurauan sahaja hinggakan tiada satu pun bahagian kecuali Gua Musang yang sanggup mencalonkannya.
Namun, jika ia berlaku, Umno dan kepimpinan BN sudah dapat merasakan jangka hayat Umno dan BN sudah sampai ke penghujung jalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan