Pengikut

Isnin, 3 Januari 2011

APA CITE TAN SRI..?

Apa cite mengadap Tuanku pagi tadi TS..ada perkembangan menarik ke..? atau memang Tuanku pekenan dengan perlantikan SS baru tu..? 

Kerajaan Selangor kemungkinan berhadapan dengan keadaan bercelaru yang lebih mendalam berbanding jalan buntu jika ia memutuskan untuk ke mahkamah bagi menyelesaikan pertikaian berkaitan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri baru, kata bekas hakim Datuk N.H. Chan.


Dengan merujuk kepada Seksyen 52 perlembagaan negeri Selangor, Chan berkata, undang-undang dengan jelas menyebut Setiausaha Kerajaan Negeri dilantik oleh suruhanjaya perkhidmatan, bukannya menteri besar ataupun sultan sebagaimana diperkatakan oleh sesetengah pihak.

“Sebagaimana anda boleh lihat, Seksyen 52(1) adalah jelas, ia secara spesifik mengatakan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri harus dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang sewajarnya dengan memilih kalangan anggota perkhidmatan awam.

“Dia bukan dilantik oleh sesiapa; bukan juga oleh sultan, malah bukan oleh perdana menteri, tetapi oleh sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan di mana calon Setiausaha Kerajaan Negeri ialah anggota perkhidmatan awam,” kata beliau.

Oleh itu, kata beliau, kemungkinan perkara yang akan dicabar berkaitan dengan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri ialah ia tidak dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkaitan.
sumber 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan