Bagaimanapun, apabila perlawanan itu berlangsung, Jupe tidak kelihatan di Stadium Gelora Bung Karno. Alasannya, coli lasernya 'ditahan'.
'Saya memang mahu pakai coli laser itu. Lebih-lebih lagi selepas berbelanja berjuta-juta rupiah untuk mendapatkannya. Tetapi coli itu ditahan dan dirampas,' kata Jupe ketika dihubungi wartawan.
Selebriti kontroversi itu bagaimanapun enggan memberitahu pihak yang menahan coli berkenaan.
'Saya tidak mahu memberitahu. Yang pentingnya, ia ditahan. Tambahan pula, pihak berkuasa sudah memberi amaran supaya tidak membawa laser ke stadium,' katanya.
Kerana coli lasernya ditahan, Jupe mengambil keputusan tidak ke stadium.
'Saya tidak ke GBK. Saya kini berada di Medan kerana ada urusan. Jika saya berada di stadium, sudah tentu kamera akan mencari saya, seperti Luna Maya dan Manohara,' kata Jupe.
Jupe pertama kali menyatakan hasratnya memakai coli laser sebagai membalas dendam setelah percaya kononnya pasukan Indonesia kalah dalam perlawanan akhir pertama di Kuala Lumpur Ahad lalu kerana penyokong Malaysia menggunakan laser bagi mengganggu tumpuan pemain negara itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan