Pengikut

Isnin, 2 November 2009

DAP JANGAN BERFIKIRAN LAPUK


Mahkamah akan membuat keputusan sapa MB Perak sebenarnya pada 05hb Nov ini. Jika DS Nizar diistiharkan pemenangnya, maka sudah pasti DUN akan dibubarkan pada 09hb Nov..jika keputusan Mahkamah tidak memihak kepada DS Nizar, maka rakyat Perak hanya akan "berpilihanraya" pada 2011...Lebih baik Pakatan Rakyat menumpukan gerakerja untuk "berpilihanraya" pada 2011.

Konvesyen Pakatan Rakyat telah pun berakhir, 10 resolusi telah pun dibentangkan, antara yang menarik :

ii. Meningkatkan amalan prinsip ‘collective decision’ melalui meja rundingan sebagai kaedah penyelesaian masalah.

iii. Mengukuh dan menggerakkan organisasi parti dengan penekanan serius kepada menubuh dan menggerakkan majlis pemuafakatan Pakatan Rakyat di semua peringkat parti.

viii. Program mewujudkan ‘kebersamaan’ antara parti komponen Pakatan Rakyat perlu segera dilaksanakan agar seleruh ahli Pakatan Rakyat memahami perjuangan rakan seperjuangan.

DAP harus mengakui kelemahan "ber-organisasi", dimana ahli-AHLI DAP di Bahagian-bahagian.
Dengan kemenangan mijoriti yang tinggi semasa PRU yang lalu, seharusnya DAP mempunyai kekuatan organisasi. Sikap terlalu yakin, kadang-kadang menyusahkan rakan-rakan lain.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan