
Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai tetap tidak berganjak dengan pendiriannya untuk terus kekal sebagai orang nombor dua parti itu.Beliau menyerahkan kepada peguamnya untuk meneliti status kedudukan jawatan itu sebelum tindakan perundangan diambil. Menteri Kesihatan itu yang dikembalikan ke jawatan asalnya sebagai Naib Presiden MCA dipetik sebagai berkata, campur tangan ROS dalam urusan parti itu tidak sah kerana keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 10 Oktober lalu adalah muktamad.
Apa kata Najib apabila MCA semakin hari semakin tidak aman dengan konflik dalaman mereka. Adakah Najib akan berkata ini sebahagian daripada proses pembersihan dalam MCA? atau proses mematangkan MCA? dah 52 tahun, tak kan MCA masih belum matang!
Kalau komponen Pakatan Rakyat bergolak pandai pula dia berkata macam-macam, Pakatan Rakyat berpecah, tiada persefahaman, hilang kepercayaan dan macam-macam. Tapi bila kena batang hidung sendiri, senyap tak terkata...MCA sudah tidak bermakna lagi untuk Barisan Nasional.
Bila anak Chua Soi Lek nak diangkat menjadi Timbalan Menteri...?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan