Pengikut

Khamis, 5 November 2009

NIZAR: ADA YANG TANGGUH, ADA YANG MINTA MAAF







Semua dah tahu keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini, Tan Sri Alaudin menangguhkan keputusan dan akan menetapkan tarikh bagi memberikan keputusan permohonan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin untuk mendapat kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada Mei lalu.

Tak ada yang aneh, kerana kesemua puak UMNO , RTM, TV 3 dan wartawan-wartawan tiada di Mahkamah kerana mungkin sudah tahu apa keputusannya, jadi semuanya tak sibuk nak dapatkan berita...itulah hukum alam ni! semua dalam genggaman mereka.



Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohamad Isa Abd Ralip telah mengemukakan permohonan maaf kepada bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurut sumber terdekat, permohonan maaf tersebut dikemukakan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom.

Difahamkan pihak berkenaan telah menghubungi Mohd Asri sebentar tadi bagi memaklumkan mengenai perkembangan terkini itu.

"Draf permohonan maaf tersebut telah dilakukan di hadapan Datuk Jamil yang turut menurunkan tandatangannya sebagai saksi," jelas sumber itu.

PGSM bersetuju menarik balik segala tuduhan negatif terhadap Mohd Asri seperti yang terkandung di dalam memorandum mereka kepada Yang di-Pertuan Agong tempoh hari.

"Permohonan maaf itu akan disiarkan di dalam laman web PGSM dan akan dihantar kepada semua media tidak lama lagi," kata sumber itu lagi.

Ketika dihubungi, Mohd Asri yang sedang dalam perjalanan pulang ke Bukit Mertajam berkata, beliau akan memberi komen berhubung perkara ini setelah melihat sendiri permohonan maaf itu secara rasmi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan