Pengikut

Jumaat, 6 November 2009

TGHHA PERLU BEREHAT SEKARANG!!!





Mengapa di waktu ini Aziz Bahri ( AB) mengkritik Haji Hadi, tak boleh tunggu ke selepas Seminar esok, kata orang perak " tak sabo-sabo". Apa yang ditulis ada benornya, AB ingin melihat kejayaan Pakatan Rakyat memerintah serta melaksanakan Hukum Allah, itu saja!

Mengapa PKR sanggup membuang" duri dalam daging", kerana PKR tidak mahu "katak-katak" ni membawa masalah setelah menang nanti. Kerana dalam PKR tak "bai'ah", jadi boleh melompat bila-bila masa. Dalam PAS tak boleh....memang lah ada baik dan buruknya "bai'ah".
( mana lebih sayang"parti atau bini"...) tengok apa jadi pada Terengganu 2004 ,! "lebuh"kata orang perak!. Kelantan, menang 1 Kerusi pun boleh kekal sampai ke hari ni, sungguh pun TGNA tu lembut, tapi jangan main-main.."sekali main kasor yop!". TGHHA nampak je kasor.

Yang berada di dalam PAS ( bukan semua) dikalangan YB-YB, ada "keduniaannya", ada rasa nak "bergaya", bini nak lawa, akhirnya jadi "barah" dalam PAS. Sesetengah ahli bawah, ada yang sokong TGNA dan selang 25 minit sokong TGHHA pulak. Deme pun dah tak tau nak ikut sapa !! Macam cerita Tuah-Jebat " sapakah benar, aku kah atau jebat kah..?

Untuk melaksanakan cita-cita Pakatan Rakyat, bukannya PAS harus berubah, Pemimpin PAS harus lebih dulu "diubahkan", baru le namanye "reformasi". Jawatan Presiden PAS tidak boleh dipertandingkan, sama macam undang-undang UMNO. "lu pun sama wa"( mat pit).
Jadi akan kekal lah Presiden PAS disitu selagi ada "nyawa di kandung badan". Maka tak berubahlah...!

Dalam Malaysia ni bukan hanya ada Agama Islam saja, Agama lain pu ada. Jadi untuk kearah "negara berkebajikan" PAS perlu ada pemimpin yang berkepala " reformasi". Nak berlawan dengan BN ini bukan boleh main mesyuarat-mesyuarat, debat-debat atau hisap-hisap tangan. Dah sampai tahap kena main kasar. UBN ni umpama " pencuri, perompak, perogol dan pembunuh". Dengan lanun ni mana boleh "mesyuarat-debat"..!

Pemimpin serta peyokong setia PAS, terimalah pandangan AB itu, sekali-sekala letaklah "serban@kopiah itu ditepi, bersandarlah, tarik nafas panjang-panjang sebelum menuduh AB sebagai "agen UMNO" atau "agen baju petak-petak merah".

Teman tak pernah tengok AB mana rupanye, sama le macam TGHHA..tapi dengan TGNA ada le merasa 2 kali bersalam. Teman yakin sebelum TGNA melepaskan jawatan MB @ Mursyidul AM, TGNA nak tengok di dalam PAS tak ada seorang pun yang masih "berjiwa UMNO", UMNO ni pertualang Agama dan Bangsa-bangsa di Malaysia......
TGNA tau UMNO tu sapa? " asal barang jadi duit"

* lebih baik melompat daripada tinggal jadi sekam*

1 ulasan: