Pengikut

Rabu, 4 November 2009

SAYA TIMBALAN PRESIDEN BUKAN CHUA



Keputusan ROS telah diduga bagi menyelamatkan krisis MCA, ini adalah antara "plan damai" yang diputuskan oleh kedua-dua pihak.

Keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengekal Datuk Seri Chua Soi Lek sebagai Timbalan Presiden MCA adalah mengikut undang-undang, kata Datuk Seri Najib Razak. Beliau juga meminta MCA memberi penjelasan kepada ahli-ahli mengenai isu ini yang dianggap telah pun berakhir.

Liow memegang jawatan timbalan presiden selama 19 hari. Berikutan perkembangan terbaru itu, maka usaha terkini untuk menyelesaikan krisis MCA melalui pelan damai, mungkin sekali lagi berdepan dengan jalan buntu.

Liow memberitahu sidang akhbar bahawa "saya masih lagi timbalan presiden".
Katanya, beliau mempunyai hak untuk membuat rayuan terhadap keputusan ROS itu atau membawanya ke mahkamah jika perlu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan