Sehubungan itu, Asri memberi PGSM tempoh sehingga pukul 7 malam ini bagi badan itu “menunaikan” janji yang dibuat semalam.
Dalam mesej yang disiarkan menerusi blognya hari ini, Asri berkata, beliau menunggu sehingga 7 malam ini untuk PGSM menunaikan janji menarik balik segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya melalui permohonan maaf secara terbuka seperti yang telah dipersetujui kedua-dua pihak.
Mesej penuh itu berbunyi: "Dr Mohd Asri Zainul Abidin menunggu sehingga jam 7 malam ini (6 November 2009) untuk Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menunaikan janji menarik balik segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya melalui permohonan maaf secara terbuka seperti yang telah dipersetujui kedua-dua pihak."
Semalam, Asri menjelaskan, permohonan maaf itu telah dibuat kira-kira pukul 2 petang sambil disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom di sebuah hotel di ibu negara.
"Draf permohonan maaf telah dikeluarkan dan ditandatangani di hadapan Jamil Khir sebagai saksi.
"Sekarang, saya hanya menunggu PGSM untuk membuat kenyataan akhbar sebelum saya membuat sebarang ulasan lanjut," kata beliau dipetik Utusan Malaysia semalam.
Sebelum ini, bekas Mufti Perlis itu dikatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap PGSM dan sejumlah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam lain.
Ia berhubung kandungan memorandum mereka kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pertengahan bulan lalu bagi membantah sebarang cadangan pelantikan Asri sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
Sehubungan itu kata Asri, beliau hanya akan menyelesaikan pertikaian antara mereka secara musyawarah sekiranya PGSM menyatakan permohonan maaf itu secara terbuka melalui media.
Blog Asri juga menerbitkan salinan surat jaminan bertulis yang diberikan oleh PGSM untuk memohon maaf secara terbuka dan menarik balik semua tuduhan terhadapnya.
malaysian Insider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan