Pengikut
Rabu, 5 Mei 2010
BESO TELO , TELONYE BESO
BESO TELO
Hari ini Kerajaan BN Negeri umum peruntukan RM 50 ribu kepada setiap MCA Bahagian seluruh Perak untuk tujuan pembangunan.
Saya percaya rakyat Perak mempertikai tindakan Kerajaan Negeri memberi peruntukkan RM 50 ribu kepada setiap MCA Bahagian bagi tujuan pembangunan.
MCA adalah sebuah parti politik yang telah dikecundangkan oleh DAP Perak. MCA hanya menang satu kerusi di Perak. Apa kewajaran MCA diberi keistimewaan begitu sekali oleh Kerajaan Negeri Perak.
Projek-projek pembangunan kecil biasanya diperuntukan melalui wakil-wakil rakyat dan pejabat daerah.
TELONYE BESO
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) Perak akan memanggil beberapa agensi kerajaan bagi mendapatkan penjelasan berhubung perbelanjaan melebihi RM1 juta yang diperuntukkan untuk beberapa majlis perasmian.
Pengerusinya, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, Ketua-Ketua Jabatan yang terlibat akan dipanggil untuk mendapatkan perincian bagi mengelakkan ada pihak yang melakukan pembaziran.
Menurutnya, mereka yang terlibat perlu memberi penjelasan dan laporan penuh dalam tempoh sebulan untuk diserahkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim untuk tindakan lanjut.
“Kita tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menggunakan peruntukan sewenang-wenangnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan