Pengikut
Rabu, 5 Mei 2010
MAT SAID DEHAKA ?
Politik Umno di Terangganu nampaknya kembali panas dan bergolak. Sebelum ini politik Umno Terangganu membahang akibat pergolakan di antara kem Datuk Ahmad Said dan Datuk Idris Jusoh.Walaupun kini telah reda tetapi baranya masih menyala dan bila-bila boleh menyala kembali.
Rupa-rupanya semasa Umno berhempas pulas berkempen dengan menabur fitnah dan melonggokkan jutaan ringgit untuk membeli undi di Hulu Selangor, Mat Said dan anggota rombongan seramai 177 berlepas ke Guangzhou untuk menarik 'pelaburan' pada 18 April lalu.
Kalau Airbus 330, pasti sesak satu pesawat berkenaan. Nampaknya rombongan Mat Said lebih hebat dan ramai daripada rombongan Perdana Menteri Dato Seri Najib yang sebelum ini terbang ke Amerika dan singgah di Jepun. Itupun, Perdana Menteri 1Malaysia sebaik sahaja mendarat di Subang tidak tunggu lama terus ke Hulu Selangor untuk memastikan BN menang di sana.
Manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin pula tak sempat balik ke rumah kerana berkampung di Hulu Selangor sepanjang pilihanraya kecil berkenaan. Begitu juga dengan menteri, timbalan menteri dan pemimpin Umno yang lain masing-masing tetap tunjuk muka dan kelihatan sibuk dan menyibuk atau pura-pura sibuk di Hulu Selangor.
Tindakan Mat Said terang-terang cuba menunjukkan kuasa dan pengaruh beliau di Terangganu. Beliau boleh buat apa sahaja tanpa mempedulikan pimpinan Umno lain di peringkat Pusat.
Ternyata tindakan Mat Said tidak mengenang budi lebih-lebih lagi kepada Muhyiddin Yassin yang bermati-matian sewaktu pilihanraya kecil parlimen Kuala Terangganu tidak lama dulu.
Ada sesiapa yang berani mengambil tindakan kepada Mat Said?
Semua ini sudah cukup membuktikan bahawa sewaktu era Najib menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, beliau semakin hilang kawalan dan pengaruh terhadap Umno di peringkat bawahan. Walaupun sudah terang dan nyata terdapat pemimpin Umno di peringkat bawahan seolah-olah cuba memijak kepala beliau sendiri!
a.nuri
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan