Pengikut

Selasa, 11 Mei 2010

MSB PAGI INI

PERAKKUME


Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguambela , Karpal Singh menyoal balas pengadu, Saiful Bukhari Azlan.

Karpal berhujah oleh kerana Saiful mendakwa hubungan seks yang dilakukan itu adalah tanpa kerelaannya, manakala Anwar pula didakwa menurut Seksyen 377b atas kesalahan mengadakan hubungan di luar tabii, maka berlaku percanggahan antara dakwaan dan kenyataan Saiful.

"Memang pasti ada kesilapan berhubung dakwaan, dan perlu untuk melihat semula kenyataan yang dirakamkan.

"Di Malaysia, kita ketahui hubungan seks antara lelaki dengan lelaki walaupun dengan kerelaan adalah satu kesalahan. Bagaiamanapun, saksi telah berulangkali berkata dan menegaskan bahawa perhubungan seks itu tanpa kerelaaanya,” kata Karpal.

Katanya lagi, penyiasatan sepatutnya dijalankan mengikut seksyen 377c.

Karpal kemudiannya berkata Saiful menipu dan cuba mencabar kenyataannya sebagai saksi.

Sebelum itu, Saiful memberitahu mahkamah bahawa pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira adalah anggota polis tunggal yang mengambil kenyataanya. Dia tidak dapat mengingat jumlah kenyataan yang diberikan kepada polis.

"Setiap kali, kenyataan itu dirakamkan di balai polis Brickfield dan juga tempat lain.

"Kenyataan pertama dirakamkan pada 29 Jun 2008,” kata Saiful dengan menekankan bahawa dalam kenyataan itu, dia memaklumkan bahawa dia diliwat tanpa kerelaan.

Ditanya oleh peguam, Karpal Singh sama ada dia membuat kenyataan itu di luar mahkamah, saksi itu berkata dia tidak ingat.

Awal pagi tadi, keadaan di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kecoh apabila beberapa pemyokong Anwar cuba meloloskan diri untuk memasuki dewan perbicaraan walaupun tidak mempunyai pas masuk

Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dihukum 20 tahun penjara - hukuman yang sekaligus akan menamatkan karier politik Anwar ini yang telah berjaya menyatukan pembangkang untuk menafikan BN penguasaan dua pertiga BN di Parlimen selepas PRU 2008.

Sabitan bagi tuduhan liwat itu dikecam secara meluas kerana didakwa tidak adil dan ia kemudiannya dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan